PSP ANJUR PROGRAM FOCUS GROUP DIALOGUE BERSAMA INDUSTRI

344
SHARES
2k
VIEWS

6 Jun 2023 | Selasa – Sekitar Majlis Perasmian Penutupan Focus Group Dialogue Electrical and Electronics 2023 bertempat di Politeknik Seberang Perai.

Terima kasih kepada pihak industri, ahli akademik dari institut pgngajian tinggi (IPT) dan alumni PSP yang telah bersama-sama menyumbang cadangan, maklum balas dan idea dalam Focus Group Dialogue Electrical and Electronics 2023.

Program ini merupakan anjuran Corporate, Industry, Services and Employability Center (CISEC) Politeknik Seberang Perai dan Unit Kebolehpasaran Graduan Bahagian Kolaborasi Industri Dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti.

Seramai 14 wakil Industri sekitar Pulau PInang bersama 4 ahli akademik dan 5 alumni Politeknik Seberang Perai terlibat dalam program ini yang dilangsungkan di Politeknik Seberang Perai.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Asmahan Binti Othman, Sector Head Electrical & Electronics, Healthcare and Manufacturing, Talencorp Nothern Region yang sudi untuk bekerjasama dan menyumbangkan khidmat kepakarannya dengan menjadi penganjur bersama menjayakan Focus Group Dialogue ini. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Program ini bertujuan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak industri dalam isu-isu berkaitan antaranya keperluan bakat dan kemahiran kritikal yang diperlukan industri elektrik dan elektronik serta isu ketidakpadanan kemahiran pelajar dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Semoga input yang diperolehi hari ini akan membantu institusi dan jabatan merencana strategi, mengubah cara bergerak ke arah yang lebih bersifat industry-focused, relevant dan driven.

Oleh Dr. Nurul Ihsaniah Binti Omar

Setiausaha Program FGD

Politeknik Seberang Perai

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts