“SUDAHLAH, CUKUP-CUKUPLAH BERPECAH” – KURNIAWAN NAIM

339
SHARES
2k
VIEWS

Anak Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin iaitu Mohd. Kurniawan Naim menyeru agar partinya segera menghentikan perpecahan yang ada dan kembali bersatu demi memulihkan parti terutamanya bagi berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Kita sudah tidak boleh berpecah. Sudah-sudahlah, cukup-cukuplah. Buang yang keruh ambil yang jernih, ” kata Kurniawan yang juga Bendahari Pemuda UMNO ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir hari ini.

Menurutnya, UMNO tidak lagi boleh dibiarkan terus berpecah, malah beliau turut menggesa agar Majlis Kerja Tertinggi membawa masuk kembali pemimpin-pemimpin UMNO yang telah digantung dan dipecat, tetapi masih setia kepada parti.

Walaupun tidak semua pihak setuju dengan gesaannya itu tetapi apapun UMNO perlu mengelakkan perpecahan berterusan. Terutamanya apabila ada pemimpinnya yang terlepas cakap sehingga membuatkan akar umbi marah dan mempertikai kewajaran beliau berkata sedemikian.

Malah isu DAP tidak perlu meminta maaf kepada UMNO yang membuatkan akar umbinya sendiri melenting juga dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan terhadap UMNO dan mengundang lebih banyak perpecahan.

Justeru, UMNO perlu bijak menangani hal ini kerana akan berdepan PRN di enam negeri tidak lama lagi serta yang lebih penting ialah survival parti pada PRU-16 kelak. Selain itu gerakan licik menolak Presiden UMNO dari dalam parti selepas PRN ini juga perlu ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan Perikatan Nasional mengambil kesempatan menumbangkan Kerajaan Perpaduan apabila Zahid berjaya ‘disingkirkan’. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts