SAIFUDDIN: PROPAGANDA MAHIADDIN KATA BOLEH MENANG 20 KERUSI DI PRN PULAU PINANG

336
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin bahawa mereka boleh menang 20 kerusi sekaligus menawan Pulau Pinang sebagai hanya propaganda. Malah Saifuddin turut menyindir bekas Perdana Menteri kelapan itu sendiri tidak mempercayai propagandanya.

Tidak salah menyimpan impian seperti yang Muhyiddin buat. Sebab, Muhyiddin sendiri tahu kenyataan beliau adalah satu propaganda yang dia sendiri tidak percaya. Namun beliau mahu rakyat percaya.”

Dalam masa yang sama, Setiausaha Agung Pakatan Harapan itu turut menyentuh isu hubungan antara PAS dan Gerakan yang dilihat tidak bersefahaman dalam beberapa isu kebelakangan ini termasuk yang terkini mengenai pakaian jururawat yang disifatkan sebagai ketat.

Saifuddin turut berkata bahawa keputusan PRU ke-15 lepas tidak wajar dijadikan kayu pengukur bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak. Namun menurutnya Mahiaddin mengambil pendekatan simplistik untuk membina naratif bahawa Perikatan Nasional terus mendapat sokongan rakyat.

Realitinya rakyat sedar dan boleh melihat sendiri Kerajaan Perpaduan kekal fokus untuk membangun ekonomi dan membela rakyat. Manakala Perikatan Nasional pula dilihat asyik berpolitik dan sibuk mencari jalan “menebuk atap” bagi menumbangkan kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts