ROHANA JALIL MENINGGAL DUNIA

346
SHARES
2k
VIEWS

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Rohana Jalil, atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, meninggal dunia tengah malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarhamah yang berasal daripada Kota Tinggi, Johor telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak April lepas akibat kebocoran usus dan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur hari ini.

Menurut pengurusnya, bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir boleh hadir ke Masjid Al-Falah di USJ9, Subang Jaya.

Semoga Allah SWT mengampuni dan memberkati Allahyarhamah serta menempatkannya ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan diredaiNYA.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts