PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DIWUJUDKAN, USAHA MEMPERKEMAS SUBSIDI BERSASAR

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Kerajaan mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) dengan tujuan menggabungkan maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah di negara ini. Ini merupakan usaha bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar yang akan mula digunakan bermula tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, semua maklumat isi rumah itu  akan diproses bersama dalam sistem API PADU yang kemudiannya boleh diakses oleh penganalisis sektor awam, termasuk badan bukan kerajaan dan akademia. Semua data tersebut tentunya akan disaring dan melalui tapisan sebelum disahkan, yang tentunya memudahkan pelaksanaan subsidi bersasar kelak.

Diharapkan agar sistem PADU ini bukan sahaja memudahkan kerajaan melaksanakannya tetapi juga memanfaatkan rakyat di kemudian hari. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts