KENYATAAN MEDIA PEGUAM KEPADA DATUK HASANAH ABDUL HAMID

376
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Peguam kepada Dato Hasanah Abdul Hamid, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM

Oleh Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co

30 Ogos 2018

1. Ketika di mahkamah semalam, semasa pendengaran permohonan reman oleh SPRM terhadap anakguam kami, kami telah di nafikan untuk memperolehi sebarang maklumat berkaitan penyiasatan SPRM ke atas anakguam kami atas alasan kononnya jika di bekalkan maklumat tersebut kepada kami, ianya akan mengganggu proses siasatan dan mungkin akan menyebabkan gangguan kepada saksi-saksi lain atau menyebabkan apa-apa bukti kes dihapuskan.

2. Kami memahami ‘alasan’ yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat SPRM berkenaan dan menghormatinya.

3. Namun pada hari ini, kami dikejutkan dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat oleh SPRM kepada media iaitu berkaitan rampasan duit USD6.3 juta yang dikatakan dari sumber timur tengah melalui anak guam kami.

4. Kami terkejut dengan “pendedahan maklumat siasatan” oleh SPRM sendiri kepada pihak media dan berita ini disensasikan media sehingga memprejudiskan hak anak guam kami untuk membela diri.

5. Bukankah pendedahan melalui media ini akan menjejaskan siasatan oleh SPRM sendiri dan mungkin beberapa jejak bukti akan dimusnahkan oleh orang yang belum ditangkap dan mungkin akan menyebabkan mereka melarikan diri apabila mereka telah mendapat maklumat percuma dari media bahawa penyiasatan ke atas anak guam kami adalah berkaitan dengan urusan rasmi antara mereka selama ini.

6. Jika SPRM merahsiakan daripada kami semua maklumat ini atas alasan “boleh mengganggu siasatan”, mengapa SPRM boleh pula membocorkan “bukti siasatan” kepada media?

7. Adakah menjadi ‘trend‘ agensi penyiasat sekarang ini untuk mendedahkan semuanya di media untuk diperdebatkan oleh “rakyat hakim negara” yang tidak mengetahui hujung pangkal kes ini?

8. Ketika disoal Majistret semalam di mahkamah, Dato Hasanah secara terbuka memaklumkan kepada mahkamah bahawa tugas-tugas beliau ketika menjadi Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi dan beliau tidak boleh mendedahkan sebarangan maklumat berkaitan tugas rasmi beliau kepada SPRM.

9. Kami memahami adalah fokus utama Kerajaan Malaysia Baru untuk membuka seberapa banyak pekung pentadbiran kerajaan lama dan pendedahan sensasi melalui media massa adalah cara yg kerap digunakan.

10. Seseorang itu tidak bersalah selagi belum di sabitkan kesalahan oleh Mahkamah.

11. Setakat hari ini, Dato Hasanah dan 7 orang lagi pegawai beliau yang sedang ditahan reman BELUM DITUDUH MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN DI MAHKAMAH.

12. Jadi setiap spekulasi yang melibatkan kesemua anak guam kami adalah tidak berasas buat masa ini kerana siasatan masih berjalan dan belum selesai.

13. Kami akan memantau keghairahan SPRM mensensasikan segala2nya di media ini dan pastinya kami telah bersedia untuk membela kesemua anakguam kami mengikut hak mereka yang dijamin perlembagaan berdasarkan tugasan rasmi mereka sebagai penjawat awam yang telah bertindak menurut perintah.

Sekian terima kasih.

8.20 pm
30 Ogos 2018

Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts