KEBAJIKAN RAKYAT DIJAGA, TIDAK DIABAI WALAU BERBEZA FAHAMAN POLITIK

334
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesan agar kebajikan semua kaum harus dijaga walaupun berbeza fahaman politik. Kenyataan tersebut dibuat dalam satu program ramah mesra bersama masyarakat India sekitar kawasan Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan.

Tambahnya, perlu ada kebersamaan di antara pemimpin dan masyarakat India dalam mewujudkan persekitaran harmoni tanpa mengabaikan hak mana-mana rakyat di negara ini. 

Beliau juga tegaskan akan bersifat adil dan saksama kepada semua kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang dan kecenderungan politik.

Menurutnya, semua inisiatif kerajaan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), baik pulih sekolah daif, subsidi elektrik dan haji diberikan kepada semua serta tidak terjurus kepada satu kaum sahaja.

Justeru, selaku rakyat Malaysia, semua pihak wajib bergabung tenaga tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau ketaksuban kepada mana-mana individu bagi memastikan kestabilan tercapai dan kedaulatan negara tidak diganggu-gugat. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts