SAIFUDDIN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PEKERJA ASING

339
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali ke-8, Bil 2/2023 bersama V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia semalam.

Mesyuarat tersebut juga turut dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan Pegawai Kanan Kementerian yang terlibat. Pelbagai cadangan dan idea baru telah dilontarkan oleh ahli-ahli mesyuarat sepanjang mesyuarat berlangsung yang boleh dilaksanakan.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan beberapa cadangan baru daripada Jawatankuasa Bebas yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishamudin Yunos.

Antara cadangan baru yang dibentangkan adalah dasar kebangsaan, dasar pengambilan, dasar penggajian, dasar penghantaran pulang, pemutihan pekerja asing tanpa dokumen, penduduk tanpa negara serta pelarian, hak untuk keadilan dan laporan jawatankuasa bebas.

Pihak KDN dan KSM sedang menyiapkan laporan lengkap sebelum membentangkan semula kepada kabinet untuk pertimbangan sewajarnya dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah warga asing selama ini termasuk menyelesaikan isu PATI di negara ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts