SAIFUL BAHAR: SOALAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN

366
SHARES
2.2k
VIEWS

SOALAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN

Oleh Saiful Bahar Arshad

31 Ogos 2018

Apakah langkah kerajaan dalam menangi kos sara hidup dalam manifesto Pakatan Harapan?

HAKIKATNYA

Kos sara hidup Rakyat sebenarnya mempunyai 4 elemen penting untuk 1 keluarga iaitu:

  1. Perbelanjaan makan, minum dan ubat untuk keluarga
  2. Kos pengangkutan ketua keluarga untuk pergi kerja mencari nafkah, sama ada pengangkutan awam atau kenderaan sendiri
  3. Kos perbelanjaan pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan anak untuk ke sekolah setiap hari
  4. Pakaian keluarga dan perbelanjaan mengurus rumah

PERSOALANNYA

Bagaimanakah kerajaan dapat mengekang kos sara hidup satu-satu keluarga sekiranya;
1. Projek MRT di Kuala Lumpur terus dikecilkan skopnya dan mengakibatkan pengangkutan awam di KL dan Lembah Klang tidak sempurna

Sedangkan ini adalah antara elemen terpenting perbelanjaan sesebuah keluarga. Di mana ketua keluarga perlu keluar untuk mencari rezeki.

2. Penghapusan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat

Sedarkah kerajaan wang ini digunakan untuk membayar kos persekolahan anak-anak golongan B40.

BR1M merupakan langkah ‘rationalisation‘ kepada subsidi oleh kerajaan sebelum ini kepada rakyat yang memerlukan.

KINI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN INGIN MENCADANGKAN JIKA KE HOSPITAL KERAJAAN, RAKYAT PERLU ADA INSURANS?

SELAMAT HARI KEBANGSAAN.

SAIFUL BAHAR ARSHAD
31 Ogos 2018

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts