HENTIKAN SPEKULASI KENAIKAN HARGA BARANG KAWALAN

75
SHARES
242
VIEWS

1. Bukan sekali timbulnya dakwaan kenaikan harga barangan asas, yang sengaja dibuat bagi memberi gambaran buruk mengenai tahap ekonomi negara.

2. Tidak lama sebelum ini, kecoh mengenai spekulasi kenaikan harga gula dan telur yang berlegar di media sosial. Sungguhpun begitu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup DS Salahuddin Ayub telah beberapa kali tampil menafikan dakwaan berkenaan.

3. Tegasnya, tiada kenaikan harga bagi barang asas yang dikawal seperti gula, beras, minyak subsidi, telur dan ayam, bahkan ia dikawal ketat supaya tiada kenaikan harga berlaku.

4. Hakikatnya, ekonomi negara mecatat pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama 2023 (S1 2023), lebih baik berbanding pertumbuhan negara serantau seperti Indonesia (5 peratus), China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).

5. Kadar inflasi era Kerajaan Perpaduan juga turun, daripada 3.3 peratus pada bulan April 2023 kepada 2.8 peratus pada bulan Mei 2023. Bahkan, kadar inflasi keseluruhan mencatatkan nilai yang mereda sepanjang 9 bulan berturut-turut dari September 2022 sehingga Mei 2023.

6. Petunjuk-petunjuk positif ini dapat dilihat, antaranya semasa perayaan Sambutan Hari Raya Aidiladha pada akhir Jun lalu. Di sebalik ramalan kenaikan harga yang dimomokkan sesetengah pihak, tiada rungutan dari rakyat kedengaran – khususnya di media sosial – berbanding beberapa tahun sudah.

7. Spekulasi mengenai kenaikan harga barangan asas yang disebarkan segelintir pihak ini harus dihentikan. Soal kebajikan rakyat tidak harus dijadikan modal bagi mengaut laba tertentu oleh pihak-pihak yang berkepentingan. 

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts