MAMPUKAH PN MENANG 6-0? – DR. RAMALAN YUNUS 

394
SHARES
2.3k
VIEWS

Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir selama 22 bulan telah menyebabkan prestasi kewangan dan ekonomi negara merudum. Kedatangan Plandemik Covid-19 dan kebebalan Tan Sri Muhyiddin serta kerajaan Perikatan Nasional dalam menanganinya telah memburukkan lagi keadaan kewangan dan ekonomi negara.

Paling mengecewakan apabila Proklamasi Darurat telah disalahgunakan oleh Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan PN. Kebebalan beliau dan kerajaannya diteruskan pula oleh Dato’ Seri Ismail Sabri dan kerajaan PN 2.0.

Kecemerlangan prestasi ekonomi pentadbiran BN yang diterajui oleh Dato’ Seri Najib lenyap begitu sahaja oleh kebebalan pentadbiran PH, PN dan PN 2.0. 

Pasca PRU-15 selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, apa faedah mempunyai pembangkang? Setelah 8 bulan saya hanya melihat pelbagai hinaan, kecaman dan caci maki dilemparkan terutamanya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Kerajaan Perpaduan di media-media sosial.

Apa yang boleh diharapkan dari para pemimpin pembangkang seperti Tun M, Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang? Kalau sewaktu menjadi kerajaanpun mereka gagal apatah lagi ketika menjadi pembangkang.

Ini kerana mereka cukup pintar dan berbakat dalam mencipta kecelaruan di tengah masyarakat. Akibatnya kita tidak dapat mencipta kestabilan politik yang sangat diperlukan bagi memulihkan kembali ekonomi negara.

Prestasi Bursa Malaysia yang merupakan indikator utama ekonomi negara adalah yang kedua terburuk di rantau ini selepas Thailand. Dengan prestasi ekonomi semasa yang begitu buruk, hutang negara sudah sebesar RM1.5 trilion dan bajet defisit selama 25 tahun, apa faedahnya kita ada pembangkang?

Kalau yang menjadi para pemimpin pembangkang itu adalah muka-muka baru yang tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan tidak mengapa juga. Sekurang-kurangnya kita masih boleh berharap. Ini muka-muka lama yang sudah terbukti gagal sewaktu menjadi kerajaan.

Mujur sahaja bukan saya yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau saya yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara dengan Akta Hasutan.

Sejak awal tahun 2020 lagi saya sudah mengingatkan semua pihak bahawa kita sedang berhadapan dengan situasi yang luar biasa. Kita perlukan kaedah dan pendekatan yang luar biasa juga untuk menangani keadaan. Krisis kesihatan yang berpunca dari Covid-19 sengaja dirancang untuk mereset sistem monetari global dengan tujuan melaksanakan penggunaan matawang digital.

Matawang digital yang akan dikenali nanti sebagai “Central Bank Digital Currency” atau CBDC sebenarnya lebih merbahaya dari matawang fiat atau kertas yang digunakan pada masa ini.

Kalau dengan menggunakan matawang kertas sahajapun sebahagian besar umat manusia menjadi hamba kepada kartel perbankan dunia, bayangkan apabila CBDC dikuatkuasakan nanti.

Sebab itu saya terus mencadangkan agar ahli-ahli politik diberhentikan terus atau ‘dicutikan’ buat sementara. Ini kerana mereka tidak faham apa itu kedaulatan negara, kepentingan negara, ancaman negara dan keselamatan negara.

Ahli-ahli politik kita tidak ada kualiti. Mereka tidak faham apa itu Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Parti PAS sendiri yang kononnya memperjuangkan Islam, kalau menguruskan air di Kelantan sahaja tidak mampu bagaimana mahu menguruskan negara? Jadi Islam macam apa yang ingin diperjuangkan oleh PAS?

Kesimpulannya, kalau PN tidak mampu menang 6-0 dalam PRN nanti maka adalah lebih baik PN dibubarkan. Semenjak negara merdeka pada tahun 1957 hingga ke hari ini terbukti pembangkang bukan aset negara.

Bahkan sebenarnya merekalah liabiliti dan ancaman kepada negara. Tempat yang terbaik buat mereka bukan di Putrajaya tetapi di Penjara Sungai Buloh.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts