MAHIADDIN LUPA BELIAU ANTARA PUNCA HARGA BARANG MENINGKAT, RAKYAT TERTEKAN

346
SHARES
2k
VIEWS

Oleh Lim Sian See

Adakah Mahiaddin sudah lupa? Beliau juga antara punca kenapa harga barang tinggi dan rakyat sangat tertekan sekarang.

Bukankah beliau sebelum ini menghasut rakyat agar menolak Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Barisan Nasional kononnya GST menyusahkan rakyat dan Ringgit melemah ketika itu.

Selepas Mahiaddin berjaya menghasut, harga naik lagi tinggi dengan SST yang tidak mampu memantau dan mengawal harga barang, manakala Ringgit jatuh semakin teruk berbanding sebelum PRU-14 kerana ekonomi semakin lembab.

Beliau juga dari parti yang menipu rakyat bahawa kononnya apabila “Najib jatuh, Ringgit naik”.

Realitinya kenaikan tahunan pendapatan rakyat pula jatuh dari kadar purata 13 peratus setahun bagi Bumiputera ketika Najib jadi PM ke 3.3 peratus setahun selepas PRU-14.

Ringgit pula jatuh teruk selepas PRU-14, sistem cukai lapuk tidak berjaya mengawal harga pada setiap peringkat manakala pendapatan rakyat “naik perlahan macam siput”.

Mahiaddinlah antara punca utama rakyat terutamanya golongan Bumiputera sangat tertekan hari ini. Banyak perkara sudah elok di bawah perancangan dan pelan Najib tetapi Mahiaddin antara mereka yang rosakkan hanya kerana mahu merebut kuasa.

Tanpa rasa malu atau bertanggungjawab sedikitpun, kini beliau pula yang gunakan isu kenaikan harga barang untuk menghasut rakyat sekali lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts