DEBAT RAFIZI-SYAHIR HAMBAR, JAUH BERBEZA DEBAT ANWAR-NAJIB

340
SHARES
2k
VIEWS

Debat Rafizi vs Syahir semalam. Ini ulasan saya:

1. Dua-dua ada agenda Ekonomi Baru masing-masing. Idea ekonomi baru Rafizi itu ialah Ekonomi Madani. Itulah yang beliau bentang dalam debat semalam. Idea ekonomi baru Syahirpun ada. Cuma ideanya terlalu umum mungkin kerana tiada masa yang cukup.

2. Hujah Rafizi banyak kritik pentadbiran zaman Barisan Nasional. Contohnya beliau kata zaman dahulu terlalu banyak projek mega. Sedangkan itu subjektif. Amerika ketika kegawatan ekonomipun menggunakan projek-projek mega untuk menghidupkan semula ekonominya. Contohnya pembinaan Hoover Dam ketika krisis ekonomi tahun 1929.

3. Hujah Syahir bahawa model Ekonomi Madani meniru IMF dan Bank Dunia sebenarnya tidak valid dan mungkin mencetuskan kemarahan penjawat awam. Sebab brainchild Ekonomi Madani ini penjawat awam. Bukan orang politikpun.

4. Jika benarpun tiru IMF, apa salahnya selagi mana struktur itu boleh dipakai dalam konteks Malaysia. Nabi dahulupun pakai strategi kafir Parsi dalam Perang Khandak.

5. Syahir sebut ekonomi baru ideanya sebagai ‘national stability’. Atau kestabilan nasional. Mungkin beliau tidak baca bahawa idea ekonomi IMF pakai kestabilan juga. Jadi boleh tak jika saya mahu kata Syahir tiru IMF?

6. Itu belum saya beritahu kalau betul mahu kestabilan nasional, kenapa 9 bulan ini Perikatan Nasional asyik sibuk mahu tumbangkan kerajaan?

7. Syahir kata kerajaan lemah tatakelola kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan orang yang sama. Mungkin beliau juga tidak tahu Menteri Besar PAS di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis juga memegang portfolio kewangan dalam MMKN.

8. Soalan Rafizi kepada Syahir ialah bagaimana PAS mahu urus hutang RM1.5 trilion jika menjadi kerajaan. Jawapan Syahir mengecewakan. Sepatutnya Syahir jawab sahaja perbelanjaan kerajaan = pendapatan rakyat. Maka kerajaan jangan terlalu memberi alasan hutang untuk tidak mahu berbelanja pembangunan.

9. Contohnya apabila Pulau Pinang berjaya menyelesaikan semua hutangnya melalui bantuan penstrukturan air kerajaan Najib, ekonomi Pulau Pinang tetap tidak berkembang pesat. Malah antara 2008 – 2015, perkembangan ekonomi negeri tersebut adalah ketiga tercorot di Malaysia

10. Sebab itu naiklah PH ke PN ke Perpaduan ke, hutang akan sentiasa bertambah. Cuma pengurusan hutang mesti ditambah baik dengan mengurangkan hutang dalam matawang asing. Contohnya bon Samurai zaman Mahathir yang menggunakan Yen.

11. Ini adalah bola tanggung paling besar Rafizi, tetapi Syahir pergi smash bola luar gelanggang pula.

12. Kesimpulan saya Rafizi gred C. Syahir saya bagi D-. Rafizi akan untung dari segi sokongan atas pagar, Syahir pula akan untung dari segi sokongan PN kepada keberanian beliau berdebat dengan Menteri.

13. Apapun tiada idea baru, tiada penjelasan bagaimana mahu naikkan nilai Ringgit. Tiada dibincang bagaimana idea mahu naikkan pasaran saham. Tiada dikritik kelemahan-kelemahan sebenar dasar kerajaan hari ini.

14. Jauh beza dengan debat Najib vs Anwar tahun lepas.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts