BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Saya telah menjangkakan bahawa hayat Perikatan Nasional atau PN tidak akan bertahan lama. Ini kerana parti PPBM atau Bersatu bukanlah seperti parti PAS yang ahli-ahlinya lebih berdisplin dan sangat menghormati pucuk pimpinannya.

Bersatu adalah sebuah parti di mana berhimpunnya para pemberontak dan pengkhianat mandat rakyat. Golongan yang rakus dengan kuasa dan jawatan. Sudah pasti parti yang seperti ini akan sentiasa bertelagah. Jadi apa yang boleh diharapkan dari sebuah parti yang seperti ini?

Pada akhirnya nanti PAS akan meluat dengan Bersatu dan menganggap Bersatu sebagai liabiliti kepada PN. Bersama dengan Bersatu adalah ibarat seperti mendukung biawak hidup.

Sekarang ini sudah agak jelas bahawa ada pertembungan yang sedang berlaku di dalam parti Bersatu. Pertembungan antara Kluster Kartel dan Kluster Presiden.

Sebagaimana yang telah diketahui ramai, Kluster Kartel yang diketuai oleh Azmin Ali telah mulai menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka.

Terkini, Cikgu Bard, seorang pemimpin Bersatu yang terkenal dengan secara terbuka mendesak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertanggungjawab ke atas kekalahan Bersatu di Negeri Sembilan.

Bagi Cikgu Bard, meletakkan Faizal Azumu sebagai Pengerusi PN di Negeri Sembilan adalah satu kesilapan besar. Kesilapan itu telah membawa kekalahan kepada PN di Negeri Sembilan.

Saya sendiri berpandangan tokoh yang paling sesuai untuk menerajui PN di Negeri Sembilan ialah Cikgu Bard sendiri. Beliau seorang ahli politik yang terkenal, ahli masyarakat serta merupakan anak jati Negeri Sembilan.

Kalau beliau yang menjadi Pengerusi PN di Negeri Sembilan mungkin prestasi PN dalam PRN yang lepas akan berbeza. Apapun nasi sudah menjadi bubur dan desakan Cikgu Bard terhadap Presiden Bersatu sememangnya berasas.

Saya jangkakan Bersatu akan terus bergolak dan mungkin berpecah sekiranya PN tewas di dua PRK di Negeri Johor nanti. Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku kepada Bersatu dan PN selepas PRK di negeri Johor kelak.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts