• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KAK MAH YANG DILUPAKAN – DR. RAMALAN YUNUS

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 28, 2023
in Ulasan, Utama
0
KAK MAH YANG DILUPAKAN – DR. RAMALAN YUNUS
34
SHARES
378
VIEWS

Tiba-tiba saya terkenang Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia kesayangan ramai Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau adalah isteri Perdana Menteri Malaysia yang paling ‘glamour‘, sehingga ada yang menyamakan beliau dengan Imelda Marcos, isteri mantan Presiden Filipina dan bonda kepada Presiden Filipina hari ini.

Sehingga hari ini saya masih gagal memahami mengapa beliau boleh didakwa dan didapati bersalah pula atas tiga tuduhan rasuah. Kes beliau membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Apabila setiap kali saya teringat kes beliau pasti naluri saya akan memberontak. Kenapa orang yang tidak memegang jawatan awam boleh didakwa dengan tuduhan rasuah?

Secara logiknya sudah pasti orang yang melakukan jenayah rasuah bagi projek yang berskala besar seperti ini adalah seorang penjawat awam yang bertaraf Menteri. Jadi kenapa bukan Menteri yang didakwa tetapi isteri mantan Perdana Menteri yang didakwa?

Memang sukar untuk saya memahami bagaimana seseorang yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa boleh melakukan jenayah rasuah. Atau adakah kerana saya bukan seorang pengamal undang-undang maka saya mempunyai kesulitan untuk memahami kes ini?

Sering timbul persoalan di benak saya adakah memang sesuatu yang lazim di sisi undang-undang bahawa isteri kepada seorang penjawat awam khususnya Perdana Menteri ataupun Menteri memang berpotensi untuk dituduh di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah?

Soalan seperti ini bertentangan dengan logik saya.

Adakah isteri seorang Perdana Menteri atau isteri seorang Menteri mempunyai kuasa boleh meluluskan projek? Bukankah secara logiknya jenayah rasuah yang melibatkan sogokan wang adalah merupakan jenayah salah guna kuasa.

Jadi mana mungkin seseorang yang tidak mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kuasa?

Atas dasar itu bagi saya bukan Dato’ Seri Najib sahaja yang harus diberikan perbicaraan yang adil bahkan Datin Seri Rosmah Mansor juga berhak untuk mendapat perbicaraan yang adil bagi kesalahan yang diletakkan ke atasnya.

Persoalannya sekarang, bagaimana keadilan itu dapat ditegakkan bukan sahaja untuk Dato’ Seri Najib bahkan juga kepada isterinya Datin Seri Rosmah Mansor?

Bagi saya tidak ada kaedah lain selain dari menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk menyiasat prosedur penyiasatan, pendakwaan dan penghakiman kes Dato’ Seri Najib dan juga Datin Seri Rosmah Mansor.

Kegagalan untuk memberikan keadilan kepada mereka menjadi kegagalan kepada sistem keadilan negara ini. Saya kira sudah sewajarnya Kerajaan Perpaduan memberikan perhatian yang khusus terhadap kes pasangan suami isteri ini.

Mana mungkin kita mampu menegakkan keadilan untuk rakyat sekiranya keadilan untuk pasangan suami isteri yang disayangi oleh rakyat Malaysia inipun gagal kita tegakkan.

Sehingga ke hari ini saya masih beranggapan bahawa kes sepasang suami isteri ini mempunyai motif balas dendam politik yang kuat dari pihak tertentu.

Saya mungkin tersalah anggap dan atas dasar itu saya mengharapkan agar Kerajaan Perpaduan ini dapat membantu saya untuk membatalkan anggapan buruk saya terhadap pihak tertentu dan juga sistem keadilan negara dengan menubuhkan suruhanjaya tersebut.

Saya kira ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang berkongsi perasaan dan pemikiran yang sama dengan saya. Bagi kami, kami bukan mahu memohon agar mereka dibebaskan begitu sahaja. Kami hanya memohon agar mereka diberikan perbicaraan yang adil.

Mereka bukan rakyat biasa dan mereka juga bukan pasangan suami-isteri yang biasa-biasa. Pasangan suami-isteri ini disayangi oleh jutaan rakyat Malaysia.

Saya hanya sekadar menjadi juru bicara yang mewakili keresahan dan simpati mereka yang mendalam terhadap pasangan suami-isteri ini.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: DendamDr. Ramalan YunusNajibRosmahSuruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
Previous Post

BRICS SEMAKIN BERKEMBANG – DR. RAMALAN YUNUS

Next Post

MED4IRN PACU PELAN TRANSFORMASI DIGITAL NEGARA

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

ISU BEKALAN BERAS: ADAKAH KAKITANGAN AWAM DIKUASAI KARTEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 21, 2023
KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KONFLIK REMPANG – IBARAT KERA DI HUTAN DISUSUKAN – DR. RAMALAN YUNUS 

September 19, 2023
BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

September 15, 2023
BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

September 12, 2023
DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

DEAL ATAU DUEL? – DR. RAMALAN YUNUS

September 10, 2023
FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

FENOMENA LUAR BIASA DARI PULAU BORNEO – DR. RAMALAN YUNUS

September 8, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In