PROGRAM IMARAH MADANI PUPUK SEMANGAT PERPADUAN, PATRIOTIK

336
SHARES
2k
VIEWS

Program Imarah MADANI @ Kepong yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah diadakan di Dewan BREM, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jinjang Selatan, Kepong pada 2 September 2023, Sabtu lepas, berjaya melibatkan pelbagai kaum.

Dengan kehadiran kira-kira 500 orang, terdiri daripada guru-guru dan pelajar SJKC Jinjang Selatan, pelajar-pelajar Saito Universiti Kolej Kuala Lumpur serta wakil-wakil daripada Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

Program yang bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai konsep Malaysia MADANI dan menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan 2023. Ini diikuti dengan penerangan mengenai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya memberi pengetahuan baru selain orang ramai.

Selain itu, orang ramai turut membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Kepong. Kerjasama antara NGO-NGO pelbagai kaum yang hadir turut memaparkan semangat perpaduan yang tinggi selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan“.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts