(VIDEO) POLIS RAMPAS, SITA ASET MEWAH JASMINE LOO BERNILAI RM93.2 JUTA

89
SHARES
286
VIEWS

Kenyataan media oleh Timbalan Ketua Polis Negara DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengenai rampasan dan penyitaan aset hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik penasihat undang-undang firma 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Semua rampasan yang didaftarkan atas nama beliau diperoleh hasil pendedahannya ketika memberikan keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Aset yang dirampas dan disita merangkumi hartanah, lukisan, beg tangan berjenama mewah, jam tangan, akaun bank dan dokumen berkaitan dianggarkan bernilai RM93.2 juta mengikut nilai semasa pada tahun 2013 iaitu ketika pembelian dibuat.

Semua aset ini membabitkan pembelian hartanah dan barangan mewah di New York, London dan Singapura serta pelaburan di Amerika Syarikat yang semuanya didaftar atas nama Jasmine.”

Selain kediaman mewah ini, terdapat juga sembilan lukisan mewah termasuk dua daripadanya lukisan Pablo Picasso.

Polis juga melakukan pemeriksaan di sebuah kondominium di Bukit Damansara dan menyita barangan bernilai RM625,000 Membabitkan dua utas jam tangan jenama Richard Mille dan Harry Winston, 13 beg tangan pelbagai jenama, seutas gelang tangan dan pelbagai dokumen berkaitan.

Rujuk video tersebut di pautan berikut; https://fb.watch/mSbF6HYvCw/?mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts