PUAD: SIAPA AKAN PERCAYA PENJELASAN PEJABAT TOMMY THOMAS?

127
SHARES
409
VIEWS

SIAPA AKAN PERCAYA PENJELASAN PEJABAT TOMMY THOMAS?

Oleh Mohd Puad Zarkashi
5 September 2018

Sebagai rakyat biasa, membaca penjelasan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan menyebabkan saya lagi tidak percaya terhadap kemampuan Tommy Thomas dan keadilan di bawah Kerajaan PH. Apa yang boleh disimpulkan, pejabat Peguam Negara (AG) memang sudah memasang niat untuk menggugurkan kes Lim Guan Eng ini.

Kalau semata mata mengatakan “tidak boleh menang” sebelum perbicaraan kes “berprofil tinggi” seperti ini diteruskan, nampak sangat muslihat politiknya. Rakyat tetap membandingkan kes ini dengan kes Khir Toyo yang telah pun dipenjarakan. Kenapa Hanafiah tidak menjelaskan perbandingan ini?

Bila Datuk Hanafiah mengatakan Tommy Thomas tidak terlibat dalam keputusan pengguguran kes, lagi rakyat tidak percaya. Mana manasabahnya dia sebagai Peguam Negara tidak tahu dan tidak terlibat. Seperti juga rakyat tidak percaya Perdana Menteri tidak terlibat.

Apatah lagi apabila dia tetap melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan. Mahukah Tun M, melihat Guan Eng yang membantunya menjadi PM dibicarakan ketika menjadi Menteri? Sebab itu “pengguguran sepenuhnya”.

Mesti ada tangan ghaib sekarang ini. Sebab itu AG dan SPRM terburu-buru mendakwa Datuk Seri Najib sehingga salinan kertas pertuduhan tidak sempat disediakan untuk pasukan pembela. Bahkan ada pertuduhan tambahan pula selepasnya.

Kini Tommy Thomas dikenali sebagai AG di sebalik tabir. Dia “outsource” atau menswastakan pendakwaan Najib kepada peguam Datuk Sulaiman Abdullah Iyer dan DS Gopal Seri Ram. Tidak menghairankan dia menswastakan pula kepada Datuk Mohamad Hanafiah untuk umumkan sahaja pengguguran kes Lim Guan Eng ini. Sebenarnya dia terlibat.

Kalau semua mahu diswastakan elok Tommy Thomas letak jawatan. Datuk Masri Daud Timbalan Pendakwaraya kata, AG boleh merayu keputusan Mahkamah. Jangan harap AG akan merayu. Mana maruah Ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Harapan yang membisu.

Ye, kalau ada air muka SPRM juga perlu bertindak. Lawan balik. Jika tidak, AG dan SPRM sama sahaja.

Bersubahat, berlakon dan 2X5.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts