AZEEZ SEDIA DIPENJARA DARI KHIANATI UMNO

398
SHARES
2.2k
VIEWS

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim berkata di mahkamah semalam, beliau tidak akan sekali-kali mengkhianati perjuangan UMNO walaupun diugut.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, direman selama 4 hari oleh SPRM bersama abang dan sepupunya semalam bagi membantu pelbagai siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Bagaimanapun, Azeez sentiasa bersikap tenang dan tersenyum, bertegas tidak akan tunduk kepada tekanan kerajaan dalam kes yang dihadapinya kerana berpegang kepada prinsip tidak akan mengkhianati parti walau apapun berlaku.

Tegas beliau, jika itulah harga sebuah perjuangan, maka beliau sanggup menghadapinya hatta dipenjarakan.

Beliau juga dipetik berkata, sekiranya beliau sanggup keluar parti sebelum ini tentunya beliau tidak akan didakwa, digari dan direman seperti ini.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari UMNO minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.”

“Namun walau apapun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat UMNO.”

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut peruntukan 117 Kanun Acara Jenayah.

Shah Wira membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan perintah reman terhadap ketiga-tiga individu itu bermula semalam sehingga 29 September ini.

Difahamkan, perintah penahanan reman itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Dunia hari ini melihat bagaimana sebuah kerajaan ditumbangkan dengan pelbagai fitnah atas alasan menegakkan keadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Namun kini kerajaan Pakatan Harapan sendiri menggunakan pelbagai cara untuk menghalalkan matlamat mereka, termasuk menyalahgunakan kuasa dan peruntukan undang-undang serta bersikap tidak adil, semata-mata kerana berebut kuasa sesama mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts