PUAD: SIAPA LAGI AKAN MENYERAH DIRI?

355
SHARES
2.1k
VIEWS

SIAPA LAGI AKAN MENYERAH DIRI?

Oleh Mohd Puad Zarkashi
28 September 2018

Kenapa keluar parti bila parti kalah pilihanraya? Kenapa tidak keluar parti sebelum pilihanraya?

Sama seperti tentera yang kalah perang, mereka yang keluar parti selepas parti kalah pilihanraya, sebenarnya mengangkat bendera putih dan menyerah diri. Demi sesuap nasi, takut mati dan moral yang rendah mereka akan jadi banduan perang dan diperalat untuk memusnahkan pasukan yang pernah disertai sebelumnya.

Mereka tidak lagi sanggup berperang kerana kehabisan peluru dan patah semangat. Dan seperti dalam perang Uhud mereka juga akan mengejar harta kekayaan yang terhampar di depan mata.

Inilah perumpamaan untuk Mustapa Mohamed, Mas Ermieyati, Anifah Aman dan Syed Ali Al-Habshee. Termasuk juga yang mahu mencari peluru dunia seperti Rais Yatim dan Syed Hamid Albar.

Banduan perang pastinya menjadi ‘balaci’ tentera musuh. Mereka yang enggan menyerah diri walaupun nyawa terancam adalah pejuang sejati. Menyerah diri pantang sekali.

UMNO perlu pemimpin “Kamikaze” dalam politik. Bukan para Jeneral yang hanya tahu bagi arahan tetapi paling awal menyerah diri bila kalah. Jangan lupa sejarah, Ada yang kalah tetapi akhirnya menang kembali.

SELAMAT BERSIDANG UMNO 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts