ANUAR SHAARI: DATUK SERI ANWAR BAKAL KE PUTRAJAYA LEBIH AWAL?

177
SHARES
570
VIEWS

DATUK SERI ANWAR BAKAL KE PUTRAJAYA LEBIH AWAL?

Oleh Anuar Shaari

11 Oktober 2018

1. Tun Mahathir telah menunaikan janjinya turun ke PD membantu kempen DS Anwar walaupun kempennya tidak agresif membantu DS Anwar. Tiada apa yang luar biasa dari kempen tersebut kecuali berkongsi pentas yang sama oleh Tun M dan DS Anwar setelah 20 tahun tidak melakukannya. Atas kertas, DS Anwar tidak berhadapan laluan sukar memenangi kerusi PD walaupun tanpa kehadiran Tun M dan Tun Daim.

2. Bagi DS Anwar, tumpuan beliau hanyalah mahu memenangi PRK dan menjadi Ahli Parlimen dan kebetulan kerusi PD menjadi mangsa kali ini. Senarionya jika menang di PD, adakah DS Anwar bakal memulakan langkah mencari bilangan yang cukup di Parlimen untuk menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri? DS Anwar cukup gemar bermain dengan angka. Lihat sahaja bagaimana beliau menggemparkan situasi negara semasa peristiwa ’16 September’.

3. Walaupun gagal ketika itu, DS Anwar dijangka akan melakukannya sekali lagi. Jika ditakdirkan menang di PD 13 Oktober ini, DS Anwar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet 2019 bermula. Jika dahulu DS Anwar mencari bilangan Ahli Parlimen dari dalam penjara, kini beliau akan melakukannya dari dalam Parlimen (jika menang). Tentunya lebih mudah bagi DS Anwar.

4. ‘Bom’ pertama dijangka akan dilepaskan di Dewan Rakyat semasa perbahasan bajet November nanti. Dengan bilangan Ahli Parlimen yang cukup, tidak mustahil akan ada gerakan ‘merampas’ kuasa sebelum bajet 2019 diluluskan. Jika kaedah ini gagal, tidak mustahil pula ada pakatan untuk tidak meluluskan bajet 2019. Apabila ini berlaku, kerajaan yang ada sekarang bakal tumbang dan menuntut PRU diadakan.

5. Jika ini berlaku, tidak mustahil juga akan muncul seorang ‘wira’ bagi menyelamatkan keadaan. Tambahan pula dengan krisis ekonomi semasa yang sukar, DS Anwar dijangka akan memprojekkan dirinya sebagai ‘penyelamat’ bagi krisis ekonomi sekarang. Ini bakal melonjakkan imej beliau. Apakah DS Anwar akan mengetuai satu pakatan lain bagi mengelak PRU, menyingkirkan Tun M dan sekaligus menobatkan dirinya sebagai PM?

6. Buat generasi Y yang kurang mengenali DS Anwar, ungkapan “Tun Mahathir seperti bapa saya” oleh DS Anwar diulang siar buat ke sekian kalinya. Frasa inilah yang sering diucap DS Anwar setiap kali Perhimpunan Agong UMNO sebelum beliau disingkirkan Tun M pada tahun 1998. Tragisnya ia berakhir dengan DS Anwar menyusun gerakan melawan Tun M. Di sebalik kata-kata manis kedua belah pihak, adakah situasi ini bakal berulang? Adakah ianya bakal berlaku dalam masa terdekat?

Sama-sama kita tunggu episod seterusnya…..

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts