KETUANAN MELAYU: SADDIQ KATA LAIN, TUN KATA LAIN

533
SHARES
1.7k
VIEWS

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa “Ketuanan Melayu telah berakhir” menimbulkan polemik baru buat Pakatan Harapan. Ini kerana kenyataan beliau jelas bertentangan dengan apa yang Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir sendiri ungkapkan sebelum ini. 

Apa Syed Saddiq kata?

Zaman ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke arah baharu iaitu memperjuangkan kesaksamaan.

Apa pula Tun Mahathir kata?

Bersatu memperjuangkan agama Islam dan Melayu.

Apa Syed Saddiq kata?

Perkara tersebut (kesaksamaan) turut menjadi agenda Bersatu.

Apa pula Tun Mahathir kata?

Bersatu akan menjadi pelindung dan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Apa Syed Saddiq kata?

Kita di zaman perkongsian kekayaan. Ini salah satu agenda yang akan parti saya ketengahkan dan perjuangkan.

Apa pula Tun Mahathir kata?

Melalui pegangan jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada pemimpin parti itu (beliau) dalam Pakatan Harapan (PH), perkara itu (melindungi dan menjaga kepentingan Melayu) dapat dijamin.

Kenyataan Saddiq ini kelihatan hanya ingin menyukakan kaum selain Melayu dan adakah perlu beliau berbuat demikian ketika Bersatu sendiri bertungkus-lumus menjemput ahli-ahli UMNO yang semuanya Melayu?

Maka sama ada Syed Saddiq perlu meneliti semula agenda Bersatu dan merujuk dengan Tun Mahathir ataupun Tun Mahathirlah sedang menipu orang Melayu dan UMNO agar menyertai Bersatu?

Berikut adalah petikan yang diambil melalui Berita Harian dan juga akhbar-akhbar lain yang membuat liputan luas pada sambutan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM 2018 peringkat kebangsaan di Bukit Merah Laketown Resort pada 6 Julai lepas.

“Dengan pegangan jawatan yang tinggi ini kita akan dapat mempengaruhi pentadbiran negara kita, kita akan melindungi rakyat keseluruhannya, khususnya orang-orang Melayu yang merasakan mereka tidak begitu selamat dalam negara kita.”

“Bagaimana sekian lama mereka percaya perlindungan yang datangnya daripada parti UMNO saja tetapi saya beri pengakuan bahawa Parti Pribumi (PPBM) ini akan menjadi pelindung mengganti parti UMNO.”

Dr Mahathir juga memberi jaminan PPBM tidak akan berkelakuan seperti UMNO, yang dulu adalah sebuah parti dihormati, dimuliakan tetapi apabila sudah menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuh untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts