STRATEGI TERDESAK TUN MENARIK PEMIMPIN UMNO SERTAI BERSATU

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Syed Saddiq perlu rujuk Tun Mahathir sebelum keluar kenyataan

Kenyataan kurang cerdik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa “Ketuanan Melayu telah berakhir” dilihat bakal menyusahkan strategi Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir untuk menarik ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kenyataan kebudak-budakan Syed Saddiq selain mampu merencatkan peluang menarik ahli UMNO  yang mempertikaikan “agenda tidak masuk akal Bersatu” itu melainkan pemimpin-pemimpin UMNO yang  ketakutan dan memerlukan “insurans perlindungan” dari didakwa dengan pelbagai pertuduhan.

“Yang cekal akan didakwa, yang gagal akan bersama Bersatu”

Keyakinan Tun Mahathir menjemput ahli dan pemimpin UMNO agar beramai-ramai menyertai Bersatu secara berjemaah walaupun dikenakan beberapa syarat yang tidak menguntungkan mereka, tetap berada di paras yang tinggi kerana beliau yakin kejayaan akan datang bergolek kepada beliau dan Bersatu melalui strategi ‘ugutan’nya itu.

Walaupun dinafikan olehnya namun Tun Mahathir tersilap mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ini akan ada lagi dakwaan-dakwaan terhadap pemimpin UMNO, dalam usaha terdesaknya menggertak mereka.

Sudahlah sebelum ini ugut, kini Syed Saddiq pula buat kenyataan tidak wajar mengenai Ketuanan Melayu

Dalam keadaan Tun Mahathir kelihatan sangat terdesak ingin melebarkan pengaruh Bersatu yang kini lemah di peringkat Bahagian dan Cawangan, selain hanya mempunyai sejumlah kecil Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan iaitu 14 kerusi, tindakan Syed Saddiq ini nampaknya hanya akan menyusahkan parti Bersatu.

Strategi dan taktik ‘keras’ Tun Mahathir dengan mengugut pemimpin UMNO melalui pelbagai dakwaan  tidak masuk akal yang sesetengah tidak dilengkapkan siasatan, ataupun menyertai Bersatu jika tidak ingin didakwa ini sebenarnya tanda beliau sedang terdesak.

Setakat ini strategi Tun Mahathir ini hanya mampu menundukkan Ahli Parlimen Jeli dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Air Lanas iaitu Dato’ Sri Mustapha Mohamed yang lebih dikenali sebagai Tok Pa.

Kadir Jasin terpaksa main persepsi bagi menjayakan strategi Tun Mahathir

Namun menurut Ketua Media Tun Mahathir iaitu Datuk A. Kadir Jasin, selepas ini 40 orang Ahli Parlimen UMNO bakal menyusul Tok Pa, sama ada melalui data terperinci beliau ataupun ini mainan persepsi bagi menakut-nakutkan pemimpin UMNO, hanya masa yang akan menentukan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts