TUN SAMY VELLU SERING MEMBUAT KITA TERSENYUM

399
SHARES
2.3k
VIEWS

TUN SAMY VELLU SERING MEMBUAT KITA TERSENYUM

The best Minister of The Malaysian Cabinet, When He Want To Express Himself

Samy Vellu hampir 31 tahun jadi menteri. Malaysian Insider ada ceritanya di sini. Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan-kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan merindui pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang-kadang terlalu banyak warna.”

Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan-kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang… Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:

“Kita mahu meningkatkan sistem pos, kalu bule hari ni pos, semalam sudah sampai.”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:

“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar.”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:

“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini.”

Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, di sini takde sungai, buat apa bina jambatan?

Kemudian Samy dengan megahnya menjawab:

“Kalao takde sungai, kita bina sungai.”

4. Kenyataan paling digemari oleh Tun Samy Velu dalam berita abad ini:

“Tol naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini tol saya punyer bapah punyakah!”

5. Ketika krisis air:

“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:

“Worang-worang muda sekarang banyak suka hisap dade (dadah).”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:

“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:

“Selamat datang saudara-mara semua.” (Sepatutnya saudara-saudari)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:

“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.”

Di saat PAS mengkafirkan UMNO:

“Apa ini orang PAS, semua orang kafir. Sayapun dia kata kafir…..”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:

“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain.”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

“Kita akan bina roket pigi matahari.”

Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.”

Samy menjawab:

“Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam.”

“Kita rasa sangat bersyukur karina angkasawan kita setelah sapuloh hari meninggalkan dunia akhirnya selamat dikebumi.”

NO MINISTER LIKE TUN SAMY VELLU

He is the best by far.

Oleh Peminat Samy Vellu

29 Oktober 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts