UMNO TIDAK AKAN TERKUBUR WALAU ADA PEMIMPIN LOMPAT PARTI

358
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, parti Melayu tertua di negara ini iaitu UMNO tidak akan terkubur walaupun ada beberapa Ahli Parlimen dan pemimpinnya melompat parti.

Beliau yang amat disegani oleh kawan dan lawan itu juga menyifatkan lamaran Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mempelawa ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyertai partinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah seumpama ular sawa dijemput masuk ke dalam sarang ular lidi.

“Ini cerita ular sawa dijemput masuk sarang ular lidi. Tak taulah saya.”

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li turut mengakui bahawa belum ada pihak yang melamar mahupun mempelawanya menyertai parti serpihan UMNO itu.

“Tidak ada. Saya racun kuat. Tak berapa nak terima saya barangkali.”

Beliau dipetik berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sebagai rekod, Tun Mahathir kelihatan terdesak apabila mula mengajak ahli dan pemimpin UMNO menyertai Bersatu apabila melihat partinya mula lemah dan tidak mendapat sambutan walaupun beliau menjawat jawatan tertinggi negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts