MENTERI MUDA TERKEJUT JAWATAN, CEPATLAH BELAJAR
Mohd Puad Zarkashi
14 November 2018
Mohon pinjam tajuk ini dari akhbar Utusan kerana ada kaitan dengan Dr. Mazlee Menteri Pendidikan. Semalam nampak dia gusar bila ditanya kemungkinan digugurkan kalau ada cabinet reshuffle. Dia kata mana mungkin!
Sehari dua ini beliau buat kenyataan yang amatur.
- Pertama beliau kata tidak mungkin beliau digugurkan dari Kabinet, kerana beliau baru jumpa Mahathir. Mahathir tidak cakap apapun.
“Mana masuk akal, dia suruh saya ubah kurikulum. Jadi saya selamat” ujarnya.
Ini Mazlee kena belajar dengan Anwar. Tun M kuat mempertahankan Anwar bila dituduh meliwat. Tun M kata, Anwar tetap penggantinya. Anwar pula berkata, selagi bumi dan langit tidak bertangkup, dia tetap setia pada Mahathir. Beberapa hari kemudian Anwar tetap dipecat.
- Kedua, menurut Mazlee, Tun M mahu dia rombak kurikulum supaya minda rakyat berubah. Tiru orang Jepun yang kuat kerja dan malu jika tidak bertanggungjawab (maklumlah baru balik dari Jepun).
Siapa kata rakyat Malaysia pemalas? Malu kerana tidak bertanggungjawab? Ini kena muka sendiri. Kenapa berbohong dan tidak menunaikan janji. Mana janji hapuskan PTPTN? Tidak payah ke Jepunlah. Bila kerajaan sendiri tidak ada rasa malu kerana berbohong, maka bagaimana mahu mendidik rakyat? Mengarut.
- Ketiga, Mazlee kata dia akan terus mendedahkan kepincangan dalam KPM semasa pentadbiran BN. Ini memang engkar nasihat Tun Daim yang suruh Menteri berhenti menyalahkan orang lain dan kerajaan dulu.
Apabila rombakan kabinet menjadi perbualan hangat, ia bukti anggota Kabinet sekarang adalah half past six. Kebanyakannya ‘terkejut jawatan’.
Mazlee dan Guan Eng berpisah tiada. Wajarlah digugurkan.