ISU PAPAN TANDA, MB SELANGOR TIDAK BERANI TEGUR EXCO DAP

479
SHARES
2.8k
VIEWS

MENTERI BESAR SELANGOR MENJELASKAN:

Isu pemasangan papan tanda jalan di Shah Alam menggunakan tulisan Cina diluluskan oleh Exco Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri Selangor (DAP) pada tahun 2017.

Perkara ini tidak pernah dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Selangor menjujung kasih terhadap perintah daripada Sultan Selangor.

ULASAN

Tengok macam mana Kerajaan Negeri Selangor beroperasi.

Exco Kerajaan Negeri dari parti DAP sahaja yang bagi kelulusan dan arahan kepada Majlis Perbandaran Shah Alam untuk meletakkan papan tanda jalan menggunakan bahasa Cina.

Kemungkinan:
1. Exco ini mahu tengok, sama ada Menteri Besar Selangor berani menegur keputusan beliau.

Jawapannya: MB tidak berani tegur.

2. Setelah ditegur oleh Sultan Selangor untuk menurunkan papan tanda jalan tersebut dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu, maka Exco dari parti DAP ini telah berjaya menyempurnakan tugasan beliau.

Iaitu supaya tulisan jawi yang ada di papan tanda di jalan-jalan di Shah Alam, dipadam dan diturunkan.

Perkara yang sama berlaku dengan penjualan botol arak di kedai-kedai 7-11 di dalam kawasan Bandar Shah Alam.

Dulu tidak dibenarkan.

Kini, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melulusan penjualan arak di kedai-kedai 7-11 di dalam bandar Shah Alam.

Maklumat ini sekadar menyedarkan Bangsa Melayu/orang Islam di Selangor betapa liciknya permainan politik Bangsa Cina parti DAP di Selangor.

Dua tiga hari lalu, isu Calsberg dibenarkan membuat promosi (test minum beer Calsberg) di dalam Hyper Market Giant Ampang.

Kemungkinan besar, ini juga kelulusan dari Exco Kerajaan Negeri Selangor yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan.

MOHON MENTERI BESAR SELANGOR MEMBERI PENJELASAN SELANJUTNYA.

Salam.

DSBA

22 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts