TERIMA KASIH MANOGARAN DAN PAKATAN HARAPAN!

391
SHARES
2.2k
VIEWS

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lepas, pemimpin mereka yang kalah berkobar-kobar mencari jalan untuk membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional ataupun PAS.

Masing-masing bersemangat ingin menjadi Ahli Parlimen ataupun ADUN kerana ingin bersama kerajaan Pakatan Harapan ‘membina’ Malaysia Baru.

Ini termasuklah Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran yang menggunakan alasan kenduri yang diadakan oleh Datuk C. Sivarraajh, sehingga Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan beliau di Parlimen Cameron Highlands kerana berlakunya rasuah.

Jelas keputusan ini memakan diri Manogaran sendiri yang ketika PRU-14 hanya kalah tipis dengan majoriti 597 undi, kini dikalahkan oleh Ramli Mohd. Nor dengan majoriti lebih besar iaitu 3,238 undi.

Ucapan terima kasih wajar diberikan buat Manogaran kerana keinginan dan nafsu besarnya ingin menjadi Ahli Parlimen hanya membuktikan satu perkara iaitu:

Rakyat semakin muak dan bersatu menolak kerajaan Pakatan Harapan serta Tun Mahathir.

Kerajaan Pakatan Harapan terlalu angkuh sehingga memperlekeh manifesto dan sampai hati mengabaikan rakyat dengan tidak menunaikan janji atas alasan hutang negara yang tinggi sedangkan mereka lupa janji-janji mereka sendiri iaitu;

“Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.”

“Kami merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan kami untuk memperbaiki negara untuk rakyat.”

“Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.”

Maka di PRK Cameron Highlands, rakyat berbesar hati mengikut nasihat yang diberikan oleh Tun Mahathir dalam Kata Pengantar Buku Manifesto Pakatan Harapan.

In sha Allah selepas ini PRK-PRK lain pula akan menyusul sehinggalah PRU-15.

Tahniah Manogaran, tahniah Pakatan Harapan, anda telah membuka mata rakyat seluas-luasnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts