DAIM KATA MENTERI KABINET UMPAMA PEMANDU LESEN ‘L’

1.9k
SHARES
4.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

23 Februari 2019

Dalam temubual terbaru bersama akhbar Sin Chiew Daily, Daim mengatakan Menteri Kabinet PH adalah pemandu lesen ‘L’. Mereka tidak terkejar Tun M kerana dia pemandu F1.

Itu bermakna Lim Guan Eng, Mat Sabu, Dr. Maszlee, Salahuddin Ayub, Dr. Mujahid, Khalid Samad dan lain-lain rupanya adalah pemandu lesen L. Patutlah banyak sangat U-Turn dan tidak ada perubahan yang mereka lakukan.

Tetapi apa gunanya Tun M ada lesen memandu F1 kalau sering accident, terbalik, langgar tembok dan tidak ikut rule of law. Memang patutpun Menteri lesen L tidak terikut.

Tun Daim juga dakwa Menteri lesen L ini mewarisi pokok yang sudah kering. Ia perlu dua tahun untuk tumbuh kembali. Apakah itu sindiran terhadap Anwar bahawa dia tidak akan jadi PM selepas dua tahun kerana pokok akan bertambah kering jika dia jadi PM.

Tetapi benarkah dakwaan Daim, PH mewarisi pokok yang sudah kering? Sebenarnya Kerajaan PH yang menjadikan pokok semakin kering. Apabila GST dimansuhkan kerajaan kehilangan hasil yang banyak. Sebab itu Kerajaan PH hanya mampu membayar BSH orang bujang sebanyak RM100 sahaja.

Bahkan tindakan PH meratah duit Petronas sebanyak RM80 bilion, menjual aset GLC seperti IHH, Axiata, TH dan lain lain mengakibatkan pokok semakin kering. Kerajaan PH juga gagal menarik kemasukan pelaburan asing yang banyak kerana dasar U-Turn seperti membatalkan beberapa projek seperti ERL dan HSR menyebabkan pelaburan asing hilang keyakinan.

Setelah 9 bulan masih lagi lesen L? Sampai bila? Kini rakyat bertambah yakin mereka akan terus kekal dengan lesen L dan tidak akan lulus sebab boss merekapun tidak boleh lagi memandu dengan profesional, sering kemalangan kerana mata sudah rabun dan umur sudah lanjut.

Realitinya tidak ada pemandu F1 yang umur sudah lanjut.

Bagaimana pula calon PH di Semenyih? Rasanya lesen L pun tidak akan lulus.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts