MAKIN MELAMPAU PEMIMPIN DAP APABILA MENGAITKAN INSIDEN CHRISTCHURCH DENGAN UMNO-PAS

340
SHARES
815
VIEWS

Makin kurang ajar dan melampau pimpinan DAP ni. Selepas Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming membuat kenyataan rasis dan chauvinis, kali ini giliran YB Chew Chong Sin pula mengeluarkan kenyataan biadab dengan mengaitkan insiden pembunuhan beramai-ramai umat Islam di dua Masjid di Christchurch New Zealand dengan permuafakatan UMNO-PAS.

Sedikitpun tidak sensitif dengan perasaan umat Islam yang sedang bersedih dan berduka-cita dengan kematian saudara-saudara seIslam di New Zealand.

Bukannya mahu bersimpati tetapi cuba memberi amaran seolah-olah insiden sama akan berulang di Malaysia jika permuafakatan UMNO dan PAS menjadi kenyataan dan didakwanya permufakatan ini hanya untuk memainkan sentimen Agama dan Bangsa.

Apakah asas kenyataannya ini? Apakah selama 61 tahun UMNO mentadbir Malaysia, kaum dan agama lain dizalimi dan ditindas? Apakah kerajaan Pas yang memerintah hampir 30 tahun di Kelantan juga pernah menindas bukan Islam?

Nampaknya semakin hari semakin terserlah nilai pelampauan dan perkauman yang hakikatnya menjadi orientasi perjuangan DAP selama ini. Seharusnya rakyat berbilang Agama dan Bangsa wajar menolak parti rasis dan chauvinis DAP yang boleh menjadi punca persengketaan dan perselisihan agama dan kaum di negara ini.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/2567194696643895?sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts