Malaysiakini petang tadi, pada jam 5.22 petang telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk “Undangan khas Aidilfitri Sultan Ibrahim hanya buat UMNO Johor“. Ia dimuat naik berikutan Sultan Johor telah menerima menghadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri.
Namun, perkara ini dicemarkan oleh fitnah jahat yang dikeluarkan Malaysiakini yang bersumberkan perisik yang tidak sahih menceritakan keadaan yang sebenar-benarnya.
Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohamed, ia adalah suatu permohonan mengadap sempena Aidilfitri bukannya suatu jemputan dari DYMM Sultan Johor.
Berdasarkan permohonan tersebut, Tuanku berkenan untuk menerima menghadap Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Pada kenyataan di Media Facebook Page Sultan Ibrahim, Sultan Iskandar bertitah bahawa kunjungan pelbagai pihak sempena sambutan Aidilfitri dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sesungguhnya Baginda Sultan amat menitikberatkan perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau kaum.
Justeru, mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) ataupun parti politik bolehlah membuat permohonan untuk mengadap kepada Tuanku melalui saluran rasmi.
Kenyataan Malaysiakini yang berbentuk fitnah ini perlu dijauhkan agar tidak menyinggung perasaan terutamanya DYMM Sultan Johor.
Kenyataan ini perlu diturunkan seterusnya permohonan maaf perlu dikeluarkan oleh penulis berita ini.
Semoga Aidilfitri ini kita sama-sama menjadi bangsa Johor yang berfikir dan bertamadun serta dijauhkan dari propaganda jahat mana-mana pihak.
Oleh Mohd. Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor