Wow …. Mujahid Yusuf lagi advance!
Jika sebelum ini ada komplot pintasan perbualan telefon, Mujahid pula tahu apa yang dibincangkan dalam grup aplikasi WhatsApp!
Media melaporkan kenyataan Mujahid yang bagi amaran kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi bawahnya.
Beliau kata tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya mereka menggunakan kedudukan, pertikaikan hala tuju kerajaan PH.
“Jangan ingat saya tidak tahu apa yang anda bincangkan sesama anda dalam aplikasi WhatsApp.”
“Saya tahu semuanya, saya terima tangkap layar mengenai ‘perbincangan’ anda menentang dasar kementerian.”
“Lain kali, sebelum berbincang, kena tengok dulu siapa dalam kumpulan WhatsApp itu,” kata Mujahid.
Ini sudah kes teruk… Bincangpun sudah tidak boleh dan Mujahid mahu ambil tindakan.
Begitu takutnya kerajaan PH hingga sanggup melanggar privasi warganegara.
Jika anda ada kawan-kawan yang kerja di bawah jabatan dan agensi Mujahid, tolong kongsi info ini kepada mereka.
Terima kasih.
P/S: Rupa-rupanya Menteri PH tahu ada Whatsapp group. Bagus… next time tidak lagi bagi statement yang bercanggah sesama menteri.