Petang semalam selepas Mahathir membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membendung wabak koronavirus atau COVID-19 yang melanda negara.
Dr. Mahathir telah menjawab beberapa soalan daripada wartawan.
3 PERKARA PENTING DARI MAHATHIR:
1. Tiada satu individupun mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan Malaysia yang baru.
Bermakna, Mahathir dan Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen, untuk diangkat jadi PM ke-8.
2. Mahathir kata, sebaik-baiknya, Sidang Dewan Rakyat diawalkan kepada 2 Mac.
Dewan sepatutnya bersidang pada 9 Mac 2020.
Dr. Mahathir merasakan dengan Persidangan Dewan Rakyat pada 2 Mac tersebut, mandat boleh diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk memilih di kalangan mereka, siapa yang benar-benar layak untuk di angkat sebagai Perdana Menteri.
MAHATHIR MENDAHULUI YDP AGONG:
Kenyataan Mahathir tersebut seolah-olah mendahului YDP Agong.
YDP Agong telah mengadakan pertemuan dengan semua Ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan kepastian siapa yang benar-benar layak untuk memimpin negara ini.
YDP Agong juga dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan Raja-Raja Melayu yang lain bagi mendapatkan pandangan dan untuk membuat keputusan bersama pada hari Jumaat ini.
Sepatutnya selepas perjumpaan ini, YDP Agong akan membuat pengumuman mengenai apa yang telah diputuskan oleh YDP Agong.
Kini, Mahathir mungkin tanpa beliau sedari, telah membuat satu pengumuman sebelum YDP Agong.
Rakyat merasakan, pengumuman Mahathir ini tidak boleh diterima pakai kerana sebagai seorang Perdana Menteri Interim (sementara), Mahathir tidak mempunyai kuasa penuh sebagai seorang Perdana Menteri.
Oleh yang demikian, Dr. Mahathir tidak boleh hendak MEMANDAI-MANDAI, membuat sebarang keputusan sebelum merujuk dan menerima perkenan dari YDP Agong.
3. Mahathir juga kata beliau bersedia untuk membina satu Kerajaan Perpaduan (Unity Government).
Kerajaan yang tidak berpaksikan memilih Ahli-Ahli Jemaah Menteri mengikut kekuatan dan keutamaan kepada pemimpin-pemimpin parti politik.
Mahathir mahu kebebasan untuk memilih menteri-menteri mengikut keupayaan masing-masing.
ULASAN RAKYAT:
Ini seumpama Mahathir mahu membina satu kabinet mengikut selera dan mengikut kehendak beliau.
Umpama SEORANG DIKTATOR, yang mahu membina kerajaan yang baru mengikut cara, acuan dan ‘Yes Man‘ beliau.
Berselindung dengan alasan kononnya Mahathir mahu melantik jemaah Menteri yang benar-benar layak, berkemampuan dan ada menteri akan dilantik dari kalangan profesional.
SEBENARNYA:
Rakyat sudah muak dan mual mendengar celoteh, idea dan kenyataan-kenyataan Mahathir.
Pembohongan demi pembohongan. U-turn demi u-turn.
Rakyat rasa, cukup-cukuplah pemerintahan Mahathir ini.
Segala-gala alasan dan kenyataan beliau kini seolah-olah mahu mendapatkan simpati daripada rakyat.
Yang sebenarnya, Mahathir mahu terus berkuasa sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir hayat beliau.
Anwar Ibrahimpun sudah ditipu berkali-kali oleh Mahathir.
Mahathir juga telah ditipu berkali-kali oleh Anwar.
Akhirnya, rakyat sudah tidak percaya kepada kedua-dua mereka.
DAULAT TUANKU:
Rakyat menunggu titah Tuanku untuk menyelesaikan kemelut politik negara yang terkini ini.
Salam.
DSBA