LUCUT KERAKYATAN DEMI MARUAH NEGARA

845
SHARES
1.4k
VIEWS

Jika ada negara lain mempersoalkan hukuman buang negara atau lucut kerakyatan sebagai suatu hukuman yang zalim terhadap penghina Jata Negara, maka kita ingin bertanya bagaimana perasaan mereka jika wajah ibu bapa mereka diconteng-conteng oleh orang lain, dan jika jawapannya ‘berdiam diri’, maka di mana letaknya maruah dan harga diri mereka?

2. Begitu jugalah dengan isu terbaru penghinaan terhadap Jata Negara di sebuah kulit buku. Sampai begitu sekali bencinya pengkhianat ini terhadap negara tanpa mempedulikan batasan atau had kesabaran rakyat Malaysia, seolah-olah menganggap bahawa kebebasan bersuara itu membolehkannya menghina kedaulatan dan maruah negara. Adakah mereka ini membenci segala apa yang berkait dengan Melayu? Mereka ingin mengubah segalanya mengikut bentuk kecinaan, keindiaan, dan keliberalan Melayu Barua?

3. Peliknya, sama ada dia sedar atau tidak, dia menumpang hidup di negara ini. ‘Menumpang hidup’ di sini bermaksud kita sebagai rakyat atau warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada akta undang-undang negara ini. Kita bukannya pemilik mutlak setiap inci tanah di Semenanjung ini sehingga membolehkan kita untuk melakukan apa sahaja, boleh maki hamun sesiapa sahaja, boleh perlekeh apa sahaja dan boleh menghina sesiapa sahaja.

4. Rakyat yang berakhlak adalah rakyat yang tahu had sempadan bagi dirinya sepanjang ia hidup di negara yang berdaulat. Berakhlak ini selaras dengan prinsip Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

5. Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang mempunyai Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Eksekutif Negara dan punya lambang-lambang serta simbol-simbol kedaulatannya yang tersendiri termasuk JATA NEGARA.

6. Semua negara mempunyai Jata Negara masing-masing. Ia sebagai simbol kedaulatan negara itu. Menghinanya seperti menghina maruah seluruh rakyat negara itu. Menghina Jata Negara sama seperti menghina maruah rakyat Malaysia.

7. MUAFAKAT menyarankan hukuman ke atas pengkhianat negara tanpa mengira bangsa dan agama hendaklah sekeras-kerasnya supaya penghinaan yang seperti ini tidak akan ada yang berani melakukannya dan mengulanginya lagi. Jika sekadar denda beberapa ribu ringgit tidak mustahil perkara yang sama akan berulang lagi atau pun ada pihak lain yang tidak takut untuk menghinanya lagi.

8. Hari ini maruah negara bagaikan sudah tiada lagi apabila ada yang berani merobek-robeknya. Sebelum ini kita sudah lihat bagaimana Jalur Gemilang dihina, kemudian gambar-gambar YDPA dengan contengan lucah dan menghinakan. Ada yang berani menghina Al Quran, menghina Nabi SAW, menghina agama Islam sudah berkali-kali, dan terbaru menghina Jata Negara!

9. Mana perginya maruah negara? Orang Islam dan Bangsa Melayu perlu bangkit menghancurkan-lumatkan kelompok pengkhianat ini dan orang-orang di belakang mereka.

Haji Rashid Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts