1. Isu Al Jazeera – Rayhan Kabir Si Pemfitnah warga Bangladesh
Hangat seseminggu mengenai ‘Bangla’ selepas satu wawancara oleh media asing yang berpusat di Qatar iaitu Al Jazeera yang menemubual pemfitnah warga Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir.
Tidak jelas agenda Al Jazeera mewawancara si Bangla Rayhan yang masuk ke negara ini atas permit pembinaan tetapi mengaku bekerja sebagai Ketua Pemasaran sebuah syarikat produksi, di mana syarikat tersebut telahpun menafikan Rayhan sebagai pekerja mereka.
2. Siasat siapa dalang di belakang Rayhan
Syarikat tersebut juga wajar disiasat, segala media sosial berkaitan pemfitnah Bangla dan syarikat beliau bekerja, termasuk syarikat pembinaan terakhir beliau bekerja wajar disiasat dengan terperinci agar hakikat sebenar siapakah yang membantu beliau dan di belakang beliau selama ini dapat dipastikan.
Masyarakat khuatir jika ‘Bangla kontrak’ yang masuk melalui permit pembinaan tetapi bekerja dalam sektor lain yang boleh dikategorikan sebagai ‘mencuri’ pekerjaan rakyat Malaysia yang lain.
3. Majikan ambil warga asing bekerja di luar sektor dibenarkan
Sebenarnya banyak syarikat yang menggajikan pekerja Bangla seperti Rayhan yang bekerja di luar sektor yang dibenar dan ditetapkan untuk pekerja Bangladesh. Bukan sahaja Bangla, malah Indonesia, India dan Myanmar juga banyak disalah gunakan oleh majikan yang berani melanggar undang-undang.
Ia berlaku sama ada kerana penguatkuasaan lemah, melibatkan unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa atau sememangnya kerajaan selama ini tidak menghiraukan masalah warga asing yang semakin berleluasa dan kurang ajar.
4. Tinjauan warga asing monopoli perniagaan sejak sekian lama – Bangla;
Malah tinjauan Editor Malaysia di Sungai Buloh dan Kota Damansara atas aduan banyak pihak sebelum ini menunjukkan lima perniagaan yang dimonopoli oleh Bangla, antaranya;
1. Perniagaan perabot terpakai
2. Bengkel perkhidmatan mencuci kereta dan motor
3. Kedai perkhidmatan memasang ‘tinted‘ kenderaan
4. Perniagaan kedai runcit
5. Kedai menjahit pakaian
6. Kedai membaiki peralatan elektrik
Jika mereka digajikan oleh rakyat tempatan, ini juga melanggar undang-undang Imigresen kerana permit mereka datang bekerja di negara ini tidak termasuk bekerja di semua lima sektor di atas apatah lagi sehingga berani membuka perniagaan sendiri.
5. Tinjauan warga asing monopoli perniagaan sejak sekian lama – Paki;
Selain Bangla, warga Pakistan atau ‘Paki’ juga berleluasa berniaga dengan membuka pelbagai perniagaan sejak belasan tahun lepas.
1. Kedai menjual karpet, tikar dan bantal
2. Kedai makanan dan minuman
3. Kedai menjual dan menjahit pakaian
Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sungai Buloh dan Kota Damansara malah sudah sekian lama berlaku di ibu kota, tinjau sahaja di Kompleks Perniagaan Campbell, Kuala Lumpur yang penuh dengan Paki membuat stor menyimpan pakaian kerana sewanya yang murah, yang menutup peluang rakyat tempatan menyewa kedai untuk berniaga sedangkan rakyat tempatan wajar diutamakan.
6. Tinjauan warga asing monopoli perniagaan sejak sekian lama – Acheh;
Warga asing Acheh dari Indonesia dari dahulu lagi memonopoli perniagaan seperti;
1. Kedai runcit, termasuk barang basah seperti ikan dan sayur
2. Kedai makan termasuk ‘kedai tomyam’
3. Kedai jamu
4. Gerai menjual air kelapan dan buah-buahan
5. Kedai gunting rambut
6. Menjual rokok seludup (kebanyakannya di kedai runcit dan gerai buah)
Uniknya kedai runcit sememangnya dimonopoli oleh warga asing Acheh, Malangnya tidak berapa menyokong produk Muslim Bumiputera di mana hampir tidak dapat ditemui produk keluarkan milik GLC tersohor negara seperti FGV dan Sime Darby. Mereka tidak pedulipun mengenai “Buy Muslim First” atau BMF. Selain itu mereka juga ‘selamba’ menjual rokok seludup sejak sekian lama di premis runcit dan buah-buahan mereka.
7. Warga asing monopoli 3P – Pekerjaan, perniagaan dan penipuan
Ini sekadar contoh bagaimana warga asing sudahpun memonopoli ‘3P’ iaitu pekerjaan, perniagaan dan penipuan, termasuk jenayah lain yang sudah berlaku sejak sekian lama termasuklah sindiket “mengutip derma” kononnya untuk madrasah atau masjid yang sebenarnya tidakpun wujud.
Rujuk: https://editormalaysia.com/1527/
8. Kekalkan warga asing hanya di sektor 3D (dangerous, dirty, difficult)
Sewajarnya kerajaan segera membendung warga asing yang ibarat “kaduk naik ke junjung” atau “cacing naik ke mata ini” yang sepatutnya diletakkan bekerja hanya di sektor 3D iaitu merbahaya (dangerous), kotor (dirty) dan sukar (difficult) dan bukannya memonopoli banyak bidang pekerjaan termasuk di barisan hadapan restoran terkemuka dan pasaraya besar yang sepatutnya dikhaskan untuk rakyat tempatan.
9. Haramkan terus warga asing berniaga, hanya benarkan bekerja di sektor 3D
Jangan benarkan mereka membuka perniagaan sama sekali yang hanya menyulitkan rakyat tempatan, apatah lagi kini mereka berlagak sebagai “penyumbang kepada ekonomi Malaysia” dan tanpa mereka kononnya Malaysia tidak akan maju.
Jika diharamkan, ini akan memudahkan penguatkuasaan, jika terlibat warga asing berniaga sudah boleh diambil tindakan. Jika mereka menipu atau berdolak dalik mengatakan digajikan oleh warga tempatan, ia juga salah kerana mereka hanya dibenarkan bekerja di sektor 3D.
10. Cukup-cukuplah melayan warga asing dengan “layanan kelas pertama”
Rakyat Malaysia menyeru kerajaan menghantar pulang mereka ini agar dapat membantu dan menyumbang kepada ekonomi negara mereka sendiri iaitu Bangladesh yang masih mundur sehingga kini dan pulang ke sana memajukan negara mereka.
Cukup-cukuplah melayan warga asing dengan layanan kelas pertama dan warga Malaysia sendiri mendapat layanan kelas kedua, warga asing berniaga tidak diapa-apakan malah bebas berniaga malah sehingga mempunyai ‘bandar’ sendiri seperti warga Rohingya di Selayang, sebaliknya jika warga tempatan berniaga di tepi jalan, kerap dihalau atau diminta pindah. Malah jika tersalah parkir kenderaan seketika sahaja terus ditarik seolah-olah membuat kesalahan besar.
11. Jangan lupa isu pemberian haram MyKad
Kerajaan juga jangan lupakan warga China puluhan ribu masuk ke negara ini dan ‘hilang’ begitu sahaja, jangan tiba-tiba pula muncul sebagai rakyat Malaysia dengan ‘MyKad sah’ yang diperoleh secara haram. Isu besar Mykad yang selama ini melanda negara bukan sahaja terhad pemberiannya kepada warga China, malah warga Indonesia di Selangor dan Kuala Lumpur serta warga Filipina di Sabah.
12. Isu warga asing dan PATI umpama ‘bom jangka’
Justeru kerajaan jangan memandang remeh isu warga asing termasuk PATI yang umpama bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa, jika kerajaan sebelum ini berlembut entah kenapa, kerajaan Perikatan Nasional ini diharapkan dapat berkeras dan bertegas serta-merta.
Ini dapat dilihat melalui ‘letusan-letusan’ kecil bom jangka sedia ada seperti isu fitnah Rayhan dan Al Jazeera yang berlaku beberapa hari lepas.
Jika Rayhan dihukum penjara sekalipun kerana memfitnah negara dan Al Jazeera memohon maaf, pasti akan wujud ‘Rayhan Kedua’ yang entah ditaja oleh siapa untuk matlamat politik mereka – yang akan berterusan memfitnah negara.
Kalau tidak ditangani sehingga ke akar umbi, sampai bila-bilapun tidak akan habis.