WARGA ASING ‘KUASAI’ JANDA BAIK?

206
SHARES
665
VIEWS

Isu kebanjiran warga asing telah mencetuskan masalah sosial dan keselamatan yang serius. Di banyak kawasan di negara ini, kebanjiran warga asing sama ada yang berstatus sah mahupun yang tinggal lebih masa, sudah tidak dapat dibendung.

Antara tumpuan warga asing adalah di kawasan dan penempatan berbukit dan berhutan. Salah satunya adalah di Janda Baik sehingga mencetuskan kebimbangan dan keresahan para penduduk.

Ramai warga asing terutama dari Nepal kini bertapak di Janda Baik sehingga mewujudkan kartel mereka sendiri. Jika dibiarkan, ia bukan sahaja menjadi masalah sosial malah isu keselamatan.

Antaranya pergaulan bebas warga asing Nepal dengan warga asing Indonesia sehingga melahirkan anak. Itu belum menyentuh insiden-insiden wanita tempatan yang diganggu dan digoda.

Kelompok warga Nepal ini juga sudah berani mencabar warga tempatan, mengugut dan bertindak sesuka hati menceroboh hutan sekitar Janda Baik.
Kami penduduk tempatan sudah membuat aduan kepada Jabatan Imigresen, PBT, Pejabat Menteri Besar Pahang, wakil rakyat dan polis tetapi tiada tindakan diambil. Tiada sebarang operasi dan serbuan mengejut dilakukan sedangkan penduduk makin resah.

Paling mengecewakan adalah Jabatan Imigresen yang tidak melayan aduan penduduk. Disebabkan situasi tersebut, warga Nepal ini makin besar kepala kerana mereka tidak boleh disentuh oleh sesiapa.

Apa yang lebih dikhuatiri, akan lebih ramai warga asing bertumpu di Janda Baik dan kawasan sekitarnya. Terdapat tanda-tanda pertambahan itu begitu ketara kebelakangan ini. Kita juga bimbang akan berlaku ketegangan dan mungkin pergaduhan antara warga asing dan penduduk tempatan. Bibit-bibit ke arah itu mulai ada.
Maka sudah sampai masanya pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengetahui situasi sebentar. Janganlah sesiapa ‘tidur’ lagi, bertindaklah segera sebelum nasi menjadi bubur.

Pesara tentera

Janda Baik, Pahang

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts