Oleh Ab Jalil Backer
Majoriti rakyat telah melihat kerajaan yang tidak stabil apabila terlalu banyak parti berlainan ideologi berada dalam satu pasukan.
Dalam PRU lepas majoriti pengundi tidak membuat pilihan berdasarkan kesetiaan kepada parti.
Justeru jika Barisan Nasional datang dengan barisan kepimpinan yang bersih, tidak sombong dan mempunyai idea yang meyakinkan rakyat, peluang untuk membentuk kerajaan sangat tinggi walaupun tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas.
Namun kalau boleh bekerjasama dengan PAS dan Bersatu adalah lebih baik. Cuma jangan sampai kena buli.
Pilihan sentiasa ada.