KENAPA UMNO PERLU BERI KATA DUA KEPADA PPBM? – LOKMAN ADAM

374
SHARES
1.2k
VIEWS

Punca UMNO beri kata dua kepada PPBM;

1. Majlis Presiden tidak diwujudkan untuk membincangkan isu negara dan membuat dasar.

2. Wang rakyat masih digunakan untuk tujuan ‘bailout‘ syarikat besar yang menguntungkan pemilik modal yang sudah sedia kaya, tindakan ini dilihat membelakangkan kepentingan ekonomi rakyat, contohnya kes UEM-Sunrise bail-out. Dana rakyat melalui anak syarikat Khazanah digunakan untuk menyelamatkan tauke besar yang rapat dengan Muhyiddin.

3. Syarikat penerbangan swasta, AirAsia diberi pinjaman berjumlah RM1bilion dengan jaminan kerajaan. Malangnya pada masa yang sama Syarikat Penerbangan MAS milik Kerajaan diabaikan. Tindakan ini juga dilihat sebagai memberi ‘tongkat’ kepada pemilik modal yang sudah sedia kaya raya tetapi masih tidak jelas apa akan berlaku kepada nasib pekerja.

5. Isu lantikan CEO Hotel Movenpick di bawah Tabung Haji.

6. Isu Adib tidak disegerakan.

7. Penindasan dan penganiayaan ke atas kepimpinan UMNO dan ahli keluarga mereka melalui tindakan mahkamah dan LHDN zaman Pakatan Harapan masih diteruskan oleh Muhiyiddin Yassin. 

8. Pandemik Covid-19 tidak wajar dijadikan alat politik. Sebarang langkah yang diambil harus berlandaskan matlamat menjaga keselamatan rakyat, bukan kedudukan Perdana Menteri.

9. Hentikan politik jijik beli-membeli dan mengajak Ahli Parlimen lompat parti. Setelah 16 MP BN dan 9 MP PKR dicuri oleh PPBM sebelum kewujudan kerajaan Perikatan Nasional, usaha ini masih diteruskan oleh pihak PPBM.

Hal-hal ekonomi juga turut diabaikan

(i) Kerajaaan Muhyiddin tidak berani untuk meningkatkan Pakej Rangsangan Ekonomi dan melaksanakan dasar fiskal yang sepatutnya bagi menampung penguncupan ekonomi yang berlaku akibat pandemik Covid-19. Kerajaan masih tertakluk kepada dasar ekonomi konservatif.

(ii) Kerajaan Muhyiddin dilihat gagal untuk menggerakkan perbincangan secara serius bagi menangani isu pengangguran di kalangan anak muda, tiada diskusi serius untuk melaksanakan Skim Jaminan Pekerjaan. Usaha untuk mengatasi masalah pengangguran akibat syarikat-syarikat yang terjejas ketika perlaksanaan PKP pertama masih lemah.

(iii) Moratorium bersasar tidak dilaksanakan kepada rakyat yang memerlukan.

(iv) Skim Penjana melebihkan bantuan kepada majikan, bukan pekerja.

(v) Skim percukaian GST yang lebih adil dan mampu mengurangkan aktiviti ekonomi gelap seperti tidak mendapat perhatian. Sistem ekonomi zaman pemerintahan Mahathir yang ternyata gagal dan mengakibatkan hutang negara bertambah berlipat kali ganda serta tergadainya aset negara demi menampung kos pentadbiran negara, masih diteruskan kerajaan pimpinan Muhyiddin.

(vi) Tan Sri Muhyiddin ternyata gagal mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan meningkatkan keyakinan pelabur.

Maka demi masa depan rakyat Malaysia adalah WAJIB UNTUK UMNO PERTAHANKAN HAK RAKYAT!!!

Oleh Datuk Lokman Noor Adam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts