SIAPA YANG BERSILAT, CUBA LEPAS PERANGKAP SENDIRI? – LOKMAN ADAM SINDIR MUHYIDDIN

65
SHARES
210
VIEWS

1. Pepatah Melayu ada menyebut “mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih”. Pepatah ini cukup sesuai ditujukan kepada mereka yang selalu menganggap diri sendiri suci, manakala pihak lain dilihat buruk atau kotor belaka.

2. Selain itu, ada juga pepatah lain yang memberi maksud sama, antaranya “ibarat meludah ke langit, terkena muka sendiri”. Kedua-dua pepatah ini jika diperhatikan amat sinonim dengan karakter Presiden BERSATU dan bekas Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3. Justifikasi ini jelas apabila Muhyiddin cuba menuduh Perdana Menteri ‘bersilat’ ketika menjawab soalan mengenai lawatan rasminya ke luar negara baru-baru ini.

4. Muhyiddin juga mendakwa bahawa beliau juga tidak pernah membawa anak-anak menaiki kapal terbang untuk acara rasmi kerajaan di luar negara semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

5. Sebelum Muhyiddin menuduh Perdana Menteri ‘bersilat’ kononnya untuk lepaskan dari perangkap sendiri, beliau seharusnya melihat balik permainan ‘silat’ beliau sendiri semasa berceramah di DUN Nenggiri sehingga terbuka rahsia duit rasuah masuk ke akaun parti sendiri, lebih buruk permainan silat tersebut turut mengaitkan Institusi Diraja.

6. Di dalam hal ini, yang bersilat adalah anda (Muhyiddin). Anda bermain dengan emosi dan persepsi untuk menegakkan benang yang basah. Kononnya andalah paling bersih. Anda gunakan platform tidak rasmi (pentas politik) untuk sebarkan propaganda sendiri. Akhirnya terperangkap dengan ‘silat’ yang anda ciptakan.

7. Ini berbeza sekali dengan Perdana Menteri. Beliau dan pihak kerajaan menjelaskan fakta dan memberikan penjelasan kepada umum di platform rasmi iaitu Dewan Negara dan Sidang Media Jurucakap Kerajaan Perpaduan.

8. Jika betul, anda (Muhyiddin) tidak pernah membawa anak-anak menaiki kapal terbang untuk acara rasmi kerajaan di luar negara kerana mungkin mereka mampu membiaya kos menyewa jet persendirian mereka sendiri. Tetapi bagaimana pula ahli keluarga lain khususnya menantu anda yang memperolehi “laba” (keuntungan) semasa anda jadi Perdana Menteri dahulu? Paling malang, menantu anda ini telah menghilangkan diri dan lari dari siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini.

9. Selain itu, janganlah pula kamu (Muhyiddin) hendak bandingkan anak-anak kamu dengan anak Perdana Menteri (PMX). Anak Perdana Menteri mendapat jemputan pihak penganjur dan jemputan tersebut adalah atas kapasiti sebagai Pengarah Social & Economic Research Initiative (SERI) serta bersekali dengan jemputan yang diterima oleh Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Pengerusi Institute of Strategic & International Studies (ISIS). Mungkin jika anak sendiri dapat undangan menyanyi, anda juga akan membawa mereka bersama.

10. Lagi satu, saya rasa anda (Muhyiddin) ini memang ada simptom mudah lupa. Sikap pelupa anda ini sesuai dengan apa yang pernah dikatakan oleh Mahathir sebelum ini iaitu “Melayu mudah lupa”. Bila anda cuba labelkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan (YB Fahmi Fadhil) dengan pesanan “supaya tidak menjadi bodoh”, pesanan anda ini seolah-oleh meludah ke muka sendiri.

11. Lupakah bahawa baru-baru ini, jurucakap anda sendiri iaitu Naib Presiden BERSATU Ahmad Faizal Azumu juga “auto bodoh” kerana mengeluarkan kenyataan melangkaui kesepakatan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa anda sebagai calon Perdana Menteri pada PRU Ke-16 akan datang.

12. Lupakah anda bahawa semasa menjadi Perdana Menteri, bekas Ketua Armada BERSATU dan Timbalan Menteri Belia & Sukan iaitu Wan Ahmad Fayhsal pernah menjadi salah seorang jurucakap kerajaan dan kenyataan beliau juga “auto bodoh” apabila memberi cadangan mencetak wang untuk tingkatkan ekonomi?

13. Kesimpulannya, wajarlah anda ini Muhyiddin berehat buat seketika. Selesaikanlah perkara-perkara pokok yang membelenggu diri kamu terlebih dahulu termasuk kes salah guna kuasa berjumlah RM232.5 juta. Fokus kepada pembersihan total kes-kes mahkamah di dalam parti anda BERSATU.

Paling penting fokus bagaimana mahu pujuk menantu anda pulang ke Malaysia dan berhadapan dengan tuduhan rasuah.

Dato’ Lokman Noor Adam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts