AGONG ULANGI TITAH SIDANG PARLIMEN PERLU DISEGERAKAN

92
SHARES
297
VIEWS

Ini kali ketiga Seri Paduka Baginda menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin. Jika kali pertama ia dipandang sepi oleh kerajaan dan kali kedua pula mereka masih berdolak dalik dengan Menteri Undang-undangnya berkata YDP tidak meletakkan tarikh, maka rakyat ingin melihat kali ini apa pula alasannya.

Sungguhpun begitu, titah ini merupakan satu tamparan dan telah memalukan kerajaan Perikatan Nasional yang masih cuba mengelak Sidang Parlimen dengan pelbagai dalih dan dalil.

Diharapkan titah ini dapat dijunjung tinggi oleh mereka kelak bagi membahaskan Ordinan-ordinan Darurat dan juga Pelan Pemulihan Negara yang dilihat tidak komprehensif dan masih boleh diperbaiki.

Penetapan fasa-fasa tertentu juga dilihat tidak mengikut “sains dan data” apabila punca utama penularan iaitu kilang-kilang masih dibenarkan operasi tetapi dalam masa yang sama kerajaan mengharapkan kes menurun untuk beralih ke fasa seterusnya.

Justeru, inilah masanya untuk taat atau wala’ dengan titah baginda, jangan hanya apabila pemimpin sendiri beri arahan, secepat kilat ditaati dan wala’ dijunjungi.

Tetapi apabila Ketua Tertinggi Negara yang juga Ketua Agama Islam bagi negara ini bertitah, pandai pula cuba ‘bermantik’ atau berdalih – dengan pelbagai dalil menjadi sandaran.

Cukup-cukuplah, jangan lagi beralasan, kelak anda sendiri dimalukan.

Daulat Tuanku.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts