MASIH ADAKAH LAGI HARAPAN UNTUK PH DAN PN?

348
SHARES
1.1k
VIEWS

Selepas gagal menerajui negara dengan baik dan ditumbangkan sendiri oleh Perdana Menterinya sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya selepas 22 bulan, hayat Pakatan Harapan (PH) dilihat berada di hujung tanduk. Ini boleh dilihat dengan mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Sarawak lepas di mana rakyat di dua negeri tersebut seolah-olah keluar mengundi bagi membalas dendam.

Ini juga berlaku terhadap Perikatan Nasional (PN) di mana calon-calon mereka tidak mendapat sambutan yang baik walaupun pelbagai usaha dijalankan, pelbagai janji ditaburkan dan laungan ‘demi ummah’ dikumandangkan hampir setiap hari.

Dua gabungan yang dilihat sebagai gagal ketika memerintah ini begitu yakin akan menang namun seperti yang telah dijangka, UMNO mendominasi Melaka dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang pro Barisan Nasional pula menang besar di Sarawak. Keputusan di kedua-dua PRN ini begitu memeranjatkan PH dan PN sehingga ada cadangan oleh Bersatu di PRN Johor kelak agar mereka bekerjasama menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional kelak.

Perkara ini jika berlaku ia saling tidak tumpah seperti Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas di mana semua pihak termasuk PAS berusaha menumbangkan gabungan yang telah lebih 62 tahun memerintah. Sama ada berjaya ataupun tidak masih menjadi persoalan namun Perikatan Nasional ragu-ragu manakala Pakatan Harapan seperti biasa akan ‘menyondol’ masuk gelanggang dengan harapan akan mencipta sejarah sekali lagi.

Perikatan Nasional yang ragu-ragu akan menang di PRU-15 kelak mula ‘menyuntik jarum’ untuk menukar kepimpinan UMNO dengan pemimpin-pemimpin pro PN namun sehingga kini masih mampu disekat oleh Majlis Tertinggi dan akar umbi UMNO. Rancangan ini adalah untuk memudahkan Tan Sri Mahiaddin Yassin dan pemimpin-pemimpin UMNO ‘katak’ untuk masuk semula ke parti tersebut.

Inilah ‘grand design‘ yang kini heboh diperkatakan kerana Bersatu dan Perikatan Nasional sudah hampir pasti dikuburkan rakyat yang menyampah dengan politiking yang tidak berhabisan, walaupun dibantu oleh PAS yang entah kenapa asyik menjadi ‘yes man‘ Bersatu sehingga membuatkan akar umbi sendiri meluat.

Apa yang pasti, PH dan PN ketika ini sama-sama mengintai peluang untuk bekerjasama menumbangkan UMNO. Apa sahaja dalil untuk menghalalkan DAP dan PKR bersama mereka akan diusahakan kelak oleh PAS. Hakikatnya Haji Hadi telahpun membuat dalil “Tahaluf Siyasi 2.0” sebelum ini bagi membantu Mahiaddin kekal menjadi Perdana Menteri namun gagal kerana sokongan tidak mencukupi. Rujuk pautan; editormalaysia.com/23854/

Bagi PAS pula, apa sahaja boleh ‘didalilkan’ kerana yang penting adalah survival parti hatta ingkar dengan titah YDP Agong sekalipun. Apapun, rakyat hanya tersenyum melihat bagaimana telatah PAS dan Perikatan Nasional serta Pakatan Harapan cuba memenangi hati rakyat.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts