Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mendedahkan segera kandungan penuh perjanjian antara beliau dan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebelum ini yang sudah menjadi perhatian ramai yang mahu mengetahui benarkah wujud konspirasi antara mereka.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam juga telah membuat pendedahan mengenai tiga isi kandungan yang sebelum ini disorok daripada pengetahuan ramai walaupun butiran yang lain didedahkan termasuk empat penandatangannya.
Berikut merupakan pendedahan Lokman bagi perkara 7, 8 dan 9 perjanjian Ismail Sabri-Mahiaddin seperti yang telah ditularkan;
Perkara ketujuh: Berjanji tidak akan menukar Peguam Negara, YAA Tan Sri Idrus Harun
Perkara kelapan: Berjanji akan mengekalkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan juga Pengerusi GLC daripada parti PPBM dan PAS
Perkara kesembilan: Berjanji akan menyegerakan kes Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid
Justeru adalah amat penting sekali untuk Ismail Sabri tampil memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada empat juta ahli UMNO mengenai penjanjian sulit yang penuh kontroversi dan menganiaya ini. Jika benar terbukti seperti apa yang Lokman dedahkan maka Ismail terdedah kepada tindakan disiplin parti kerana bukan sahaja membelakangkan parti malah membuat pakatan yang menyalahi undang-undang untuk campur tangan dalam kes Najib dan Presiden UMNO sendiri iaitu Zahid.
Seluruh empat juta ahli UMNO wajib mendesak agar Ismail Sabri membuat pengakuan rasmi dan bersumpah tidak mengubah kandungannya setelah pendedahan dilakukan Lokman Adam.
Jika tidak, sampai bilapun rakyat tidak akan yakin dengan sistem perundangan dan kehakiman negara, apatah lagi sudah terbukti wujud surat daripada Pejabat Peguam Negara meminta kes Zahid dipercepatkan. Lagipun jika tiada apa yang hendak disorok, apa salahnya ia didedahkan kepada umum agar Ismail Sabri turut mendapat keadilan sewajarnya dan bukan hanya tuduhan.
Nauzubillah minzalik, semoga tiada pemenjaraan bersifat politik diteruskan dan diamalkan di negara ini serta semoga pelaku-pelakunya dilaknat sekeras-kerasnya oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.