PREMIER SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN J-KOM DAN KETUA PENGARAH MEIO

194
SHARES
627
VIEWS

Menurut berita yang disiarkan di laman web Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada 30 September 2022 lepas, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad di Dewan Undangan Negeri (DUN) Petra Jaya.

Kunjungan J-KOM diketuai Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr Zuraidi Ishak serta rombongan telah diiringi oleh Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS).

Menurut Datuk Abdullah, perkara-perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai jalinan kerjasama J-KOM bersama UKAS yang menurutnya secara amnya mempunyai peranan yang sama. Beliau turut berkata bahawa telah dinasihatkan oleh Premier Sarawak untuk bekerjasama dalam mempastikan maklumat dan agenda kerajaan Sarawak dan Persekutuan dapat disalurkan ke masyarakat.

Dalam masa yang sama melalui J-KOM dan UKAS, kita akan bekerjasama untuk memastikan pelbagai perkara yang dilakukan di peringkat pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri tidak bercanggah”. 

Rujuk berita tersebut di pautan;

https://ukas.sarawak.gov.my/2022/09/30/premier-sarawak-terima-kunjungan-hormat-daripada-j-kom-dan-koperkasa-sarawak/

Pertemuan tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Haji Rostam Affendi Dato’ Salleh. Bahagian Penyelidikan ini juga lebih dikenali sebagai MEIO dan berfungsi sebagai Agensi Perisikan Luar Negara, sama seperti agensi-agensi perisikan lain di seluruh dunia.

Melalui berita UKAS tersebut, tidak dimaklumkan tujuan sebenar kunjungan Datuk Rostam bertemu Premier Sarawak malah nama beliau dan jabatannya tidakpun disebutkan di mana-mana bahagian berita yang disiarkan – yang menimbulkan banyak persoalan mengenai pertemuan antara keduanya. 

Ini kerana adalah menjadi amalan biasa pihak kerajaan sama ada kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta protokol kunjungan hormat akan menyebut mengenai tetamu yang hadir apatah lagi apabila individu tersebut memegang jawatan tinggi dan penting seperti Ketua Pengarah. Beberapa semakan yang dilakukan juga tidak menemui sebarang makluman mengenai kunjungan tersebut, di mana Datuk Rostam hadir hanya berdua dengan pegawai khasnya sahaja ke negeri Kenyalang tersebut. 

Sebagai rekod, Datuk Rostam mengetuai Unit Khas Strategik (UKS) sehinggalah PRU-14 lepas sebelum unit tersebut dibubarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga turut mempunyai nama yang hampir sama dengan UKAS, namun tentu fungsinya jauh berbeza. Semoga bertemuan beliau dan Premier Sarawak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts