Desas-desus mengenai perkenan YDP Agong bagi pembubaran Parlimen pada 10 Oktober esok semakin kuat kedengaran terutamanya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masuk mengadap bertemu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, tengahari semalam.
Semua pihak sudahpun bersiap-siaga untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 apabila mula memperkemas jentera masing-masing terutamanya Pakatan Harapan yang kononnya tidak mahukan pembubaran awal atas alasan banjir namun merekalah yang paling giat berkempen dan memohon derma bagi tujuan tersebut. Bagi UMNO-Barisan Nasional pula, mereka tentu teruja untuk berdepan dengan PRU-15 lebih awal kerana yakin sokongan dan kepercayaan rakyat kembali kepada mereka berdasarkan kemenangan di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.
Justeru, bilapun tarikh perkenan baginda melalui nasihat Perdana Menteri, semoga eksperimen menukar kerajaan tidak lagi diulangi pada PRU tahun ini yang membuatkan penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri serik dan menyesal apabila ditipu bulat-bulat oleh pemimpin-pemimpin idola mereka yang hanya tahu membangkang daripada mentadbir negara dengan baik.
Cukup-cukuplah diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan selama 22 bulan.