YDP AGONG KECEWA DENGAN POLITIK SEMASA

73
SHARES
236
VIEWS
Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memberi makluman bahawa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan YAB Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
Baginda juga menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022.
Baginda turut mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir. 
Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts