AHMAD MURAD TANDING JAWATAN KETUA BAHAGIAN JERANTUT

88
SHARES
284
VIEWS

Antara muka baharu yang menawarkan diri sebagai calon yang bertanding pada pemilihan Ketua Bahagian UMNO Jerantut sesi 2023-2026 pertengahan bulan ini ialah Ahmad Murad Idris, 51, Ketua Cawangan UMNO Pulau Mansok yang juga merupakan seorang jurutera. 

Selaku muka baharu, Murad bertekad mahu mengukuhkan kembali perpaduan dalam kalangan ahli UMNO yang disifatkannya sebagai tidak sekata dalam pengurusan dan mencongak strategi parti. Menurutnya, itu juga antara faktor Parlimen Jerantut dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) mengalami tsunami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) yang lepas.

Jika dipilih, saya dan rakan dalam saf jawatankuasa bahagian akan membuat perubahan serta pembaharuan lebih progresif dalam pengurusan parti dan mengambil kira pandangan semua ahli UMNO.” 

Kita akan mewujudkan pendekatan perhubungan yang lebih rapat dengan ketua cawangan serta penduduk dengan mendengar denyut masalah dalaman parti UMNO bahagian ini sendiri termasuk aspek kebajikan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, Ahmad Murad yang merupakan lulusan Ijazah Kejuruteraan Telekomunikasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kini bertugas sebagai Ketua Projek Infrastruktur 5G kawasan Pantai Timur berkata, beliau akan menyusun program untuk golongan muda dalam bidang pembangunan jati diri dan patriotisme. Khususnya tawaduk dengan mencintai parti keramat Melayu berasaskan sejarah antara penyumbang terbesar pembangunan negara. 

Sebagai rekod, dalam persaingan merebut jawatan Ketua Bahagian Jerantut penggal 2023-2026 ini menyaksikan pertandingan empat penjuru. Antara pencabarnya ialah seorang peguam, Haris Salleh Hamzah, Datuk Mohd. Taufek Abd. Razak, penyandang ahli jawatankuasa (AJK) bahagian serta Adzlan Zakaria, pengamal undang-undang dan pegawai khas kepada bekas Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts