KEYAKINAN 15 AHLI PARLIMEN GOYAH KERANA SARAWAK

120
SHARES
388
VIEWS

Tindakan ‘desperado‘ Perikatan Nasional akhir-akhir ini dilihat terlalu agresif dan kucar-kacir. Banyak pihak dirundinginya walaupun dalam kem yang sama, termasuk berjumpa pelbagai pihak untuk mencari sokongan dan dana bagi menumbangkan kerajaan.

Ini termasuk bertemu ahli perniagaan Tun Daim Zainudin yang kini berkerusi roda, atas jangkaan beliau akan membantu mereka. Walaupun tersasar, tetapi ia tetap digunakan bagi melaga-lagakan dua pihak, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim. 

Kemudiannya, selepas menghina Premier Sarawak dalam satu rundingan akhir Mac melibatkan pihak tertentu di Kuala Lumpur, Perikatan Nasional kini terjerat apabila 15 nama yang dikatakan akan meletakkan jawatan mula goyah. Malah angka 15 itu mula menurun kepada bawah 10, sebelum naik semula kepada 13 dan kini kekal 9 nama.

4 nama lagi yang berjanji sebelum ini akan meletakkan jawatan mula ragu-ragu apabila Sarawak tidak mahu berunding, apatah lagi apabila wujud rundingan belakang, selain Premier dihina dan diperlekehkan.

Ini kerana dalam ‘equation‘ terkini rundingan Perikatan Nasional meruntuhkan kerajaan, Sarawak bakal menjadi ‘King Maker‘, iaitu penentu kepada siapa yang memerintah dan bukan lagi UMNO-Barisan Nasional. Justeru tiada nilai jika 30 nama sekalipun yang meletakkan jawatan Ahli Parlimen. 

Semangat jitu Sarawak yang bertekad menstabilkan negara dan tidak mahu terpalit dengan mana-mana rundingan menjatuhkan kerajaan wajar dipuji, apatah lagi mahu menderhakai titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, yang tidak mahukan adanya lagi pertukaran Perdana Menteri. 

Di pihak Perikatan Nasional pula, jika nama bagindapun sanggup dipergunakan oleh mereka demi meraih sokongan dan menipu Sarawak, apatah lagi kelak apabila tawaran jawatan Perdana Menteri diterima. Tentu Sarawak akan terjerat dan bakal menjadi seperti UMNO, dilemahkan oleh Perdana Menteri boneka yang dikawal Perikatan Nasional. 

Jangan lupa, Perikatan Nasional sudah menolak mentah-mentah syarat keluar daripada Sarawak, malah melenting memperlekeh Abang Jo dan wakil Sarawak yang berunding, yang tentu mempunyai agenda yang disembunyikan.

Apapun, tahniah Abang Jo dan Sarawak, yang memilih stabiliti dan kemakmuran Kerajaan Perpaduan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts