Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyelar Majlis Peguam yang bersikap selektif dan tidak berpuas hati kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hanya kerana beliau mendiamkan diri apabila SPRM menyiasat Hakim Nazlan.
Puad berkata, rakyat tidak berpuas hati kepada Peguam Negara kerana pelbagai isu, bukan hanya kepada Idrus Harun sahaja tetapi juga kepada Peguam Negara Pakatan Harapan Tan Sri Tommy Thomas.
“Itu beza Majlis Peguam dengan rakyat. Peguam Negara dituduh tidak prihatin. Tetapi kenapa Majlis Peguam diam bila Ketua Hakim tolak permohonan Peguambela Najib tangguh perbicaraan?”
Puad juga berkata bukankah satu penghinaan apabila Idrus Harun sendiri diberi notis oleh Majlis Peguam agar beliau membuat prosiding mahkamah, yang menurutnya perkara itu seolah-olah memaksa Peguam Negara.
“Peguam Negara akan diberi notis supaya dia buat prosiding menghina Mahkamah. Ini macam memaksa. Tidakkah itu penghinaan?”
Kesimpulannya, apa yang dipertikaikan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ini bukanlah perkara baru mengenai Majlis Peguam. Sejak dahulu lagi mereka bukan sahaja berat sebelah tetapi juga jelas memihak kepada parti atau gabungan tertentu.
Apapun, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu bilakah Hakim Nazlan akan dituduh dan dibawa ke mahkamah agar, beliau boleh membersihkan namanya sendiri.
Majlis Peguam usah risau, Hakim Nazlan tentu tidak apa-apa jika beliau benar-benar bersih.