Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 atau Persidangan Parti-parti UNFCCC, yang lebih biasa dirujuk sebagai COP28, menyaksikan UAE bakal menjadi tuan rumah bagi acara tersebut yang akan dilangsungkan di Dubai.
UAE selalu tuan rumah juga telah menjemput Presiden Israel Isaac Herzog dan Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu untuk menghadiri persidangan tersebut yang akan berlangsung dari 30 November hingga 12 Disember depan, yang telah disahkan oleh kedutaan UAE di Israel semalam.
Jemputan ini merupakan lawatan pertama Netanyahu ke UAE sebagai Perdana Menteri Israel, di mana lawatan beliau yang dijadualkan pada awal tahun ini telah ditangguhkan. Sebagai rekod, persidangan COP28 yang dianjurkan UAE ini akan diadakan di Expo City di Dubai.