TUN DAIM, HALIM SAAD KUNCI MULUT DISIASAT SPRM, ISU PENYELEWENGAN RM2.3 BILION

158
SHARES
511
VIEWS

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin serta ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media berkaitan siasatan SPRM terhadap mereka berdua. 

Jumaat lalu, agensi berita BERNAMA melaporkan SPRM menyiasat seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan terkemuka atas dakwaan penyelewengan yang berlaku pada 1990-an. Dalam masa yang sama tular di beberapa platform media sosial termasuk WhatsApp yang mengaitkan mereka berdua dengan siasatan tersebut. 

Sehingga kini tiada penafian diberikan oleh pejabat Daim ataupun Halim apabila dihubungi media bagi mendapatkan pengesahan berhubung siasatan SPRM yang  tertumpu kepada pengambilalihan saham yang melibatkan syarikat tersenarai awam.

Pengambilalihan ini turut dikaitkan dengan punca yang menyebabkan kegawatan ekonomi Malaysia berlaku pada 1990-an, ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pemilikan aset keluarga kedua-dua mereka dalam dan luar negara turut dalam siasatan pihak SPRM. Menurut beberapa portal berita, siasatan ini mungkin berkaitan pengambilalihan saham Renong Berhad oleh UEM pada tahun 1997.

Pengambilalihan 723 juta saham yang ketika itu bernilai RM2.3 bilion, dilaporkan telah menyebabkan Indeks Komposit KL menjunam sebanyak 20 peratus.

Sebagai rekod, Halim ketika itu menjawat jawatan Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut dan pemegang saham yang mengawal Renong.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts